Saturday, December 12, 2009

Penubuhan Kompeni Askar Wataniah Di Setiap Kawasan Parlimen Tarik Golongan Muda Sertai Pasukan Wataniah





SEMANGAT 1 MALAYSIA… Zulkifli,Lajim,Masrani ,Kamarulzaman serta pegawai pegawai kanan yang lain menunjukan isyarat 1 Malaysia semasa majlis pelancaran tersebut

BEAUFORT: Langkah Kementerian Pertahan menubuhkan Pasukan Askar Wataniah di setiap kawasan Parlimen merupakan satu pendekatan terbaik bagi menarik lebih ramai kaum belia menyertai pasukan tersebut.
Penaung Pendokong Askar Wataniah Sabah Kolonel (K) .Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, usaha ini merupakan satu pendekatan efektif bagi menarik lebih ramai golongan belia khususnya di luar Bandar untuk menyertai Askar Wataniah dimana langkah ini juga dapat menyuntik semangat patriotik dikalangan golongan ini.
“Saya difahamkan setakat ini, 97 daripada 222 kawasan Parlimen sudah pun menubuhkan Kompeni Askar Wataniah sementara baki 125 kawasan lagi akan ditubuhkan secara berperingkat dan dijangka selesai menjelang akhir 2011” katanya semasa ditemui media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Kawasan Parlimen Pantai Barat Sabah di Padang Pekan Beaufort pagi kemarin.
Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Timbalan Penglima Tentera Darat Dato Zulkifli Mohd.Zin turut dihadiri oleh Panglima Lima Briged Kem Lokawi Beg.Jen. Datuk Masrani Paiman , Komander Rajimen 507 Askar Wataniah Sabah Kolonel (K) Prof Datuk Seri Panglima Dr.Haji Kamarulzaman Haji Ampun,Pegawai Daerah Beaufort Mohd.Sidek Haji Jubar dan Yang Dipertua Persatuan Bekas Tentera Malaysia Bahagian Sabah Sanon Haji Sapari.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan penubuhan Kompeni Askar Wataniah di setiap kawasan Parlimen memberi suntikan semangat dan pendedahan kepada generasi muda untuk sama-sama memikul tanggungjawab menjaga keselamatan negara dan tidak terserah kepada Angkatan Tentera sahaja.
Katanya, Askar Wataniah diharap bakal menjadi barisan pelapis kedua dalam pertahanan negara serta bersiap sedia menghadapi ancaman negara bila-bila masa yang diperlukan.
“ Kita berharap golongan belia akan merebut peluang dengan wujudnya Kompenei Askar Wataniah di setiap kawasan Parlimen untuk menyertai pasukan ini, dimana penyertaan golongan ini menunjukkan tanda bukti kasih dan setia mereka untuk menyumbang khidmat bakti bagi mempertahankan Negara” katanya

Ahli Parlimen Beaufort ini juga menambah penubuhan Kompeni Askar Wataniah boleh menjadi penghubung antara ATM dengan rakyat jelata di samping berupaya meniupkan semangat generasi baru untuk menyumbangkan khidmat dan bersedia berkorban demi negara dengan slogan Satu Malaysia, Satu Wataniah, Satu Wawasan.

No comments:

Post a Comment