Saturday, December 26, 2009

Rakyat harus perkukuh semangat saling memahami





MESRA..Lajim disambut mesra oleh wanita suku kaum murut yang berpakaian tradisional sejurus tiba di majlis tersebut


BEAUFORT: Rakyat harus menilai semula dan memperkukuh semangat saling memahami antara kaum yang telah mendasari perpaduan negara selama ini, kata Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tepatan itu berkata, untuk itu, mereka perlu menggerakkan peranan masing-masing ke arah merapatkan lagi hubungan kerana tanggungjawab untuk membina perpaduan tidak harus disandarkan kepada kerajaan semata-mata, namun rakyat dari pelbagai kaum,dan agama di Negara ini mempunyai peranan masing-masing untuk terus memelihara keharmonian dan perpaduan akan kemakmuran dan kemajuan terus dikecapi

“ Hubungan muhibah antara kaum perlu sentiasa diperbaharui agar negara dapat menangani pelbagai cabaran yang pasti timbul dalam sebuah negara majmuk” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Perayaan Krismas dan Perasmian Balai Raya Kampung Halogilat dekat sini pagi kemarin.
Hadir sama Pengerusi Penganjur yang Juga Naib Ketua Bahagian Umno Beaufort Datuk Kimjus Duim,Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Insfrastruktur Isnin Haji Aliasnih,Ketua Pergerakan Pemuda Umno Beaufort Mohd.Ishak Haji Ibrahim dan Ketua Pergerakan Puteri Umno bahagian Beaufort Saridah Datuk Mohd.Dun

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort konsep perkongsian perayaan di Negara ini , hendaklah terus dilaksanakan bukan sekadar pada tahap pembinaan toleransi dan sambutan perayaan sahaja malah hendaklah menjurus ke arah satu persefahaman yang lebih kukuh dan apresiasi antara satu sama lain yang utuh lagi ikhlas.

"Biarlah kita mencari satu platform persamaan berasaskan nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Nilai ini boleh dikongsi bersama di setiap perayaan yang dirayakan sebagai usaha menghalang sentiment perkauman yang boleh menghalang kewujudan konsep 1Malaysia yang ikhlas dan tulen,'' katanya
Sambil menambah Sabah merupakan contoh terbaik dalam pembinaan masyarakat yang bersatu padu kerana terdiri dari pelbagai lapisan etnik,agama dan kepercayaan, namun boleh hidup dalam suasana harmoni .Lajim yang juga Ahli majlis Tertinggi Umno mengajak rakyat di negeri ini akan terus mempertahankannya tanpa digangu gugat oleh sentiment perkauman sempit atas kepentingan peribadi yang boleh menjejaskan semangat 1 Malaysia :Oleh Jaafar Abdul Wahid

No comments:

Post a Comment