Sunday, December 6, 2009

ONE STOP CENTER UNTUK USAHAWAN MUDA-LAJIM UKIN




CENDERA KENANGAN ..Datuk Seri Lajim menyampaikan cenderamata kepada Datuk Ameer Ali Mydin

KUALA LUMPUR : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercadang memperkenalkaan konsep "one stop center" untuk usahawan muda tidak lama lagi sesuai hasrat kementerian yang mahu melihat ramai usahawan muda bergiat aktif dalam cabang perniagaan.

Timbalan Menteri di Kementerian berkenaan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata dengan adanya konsep seumpama dapat memberikan kemudahan kepada golongan beliai menceburkan diri mereka dalam bidang bisnes.

Walau bagaimanapun kata Lajim sebelum konsep tersebut menjadi kenyataan beliau akan membawa perkara tersebut ke mesyuarat 'pos kabinet' terlebih dahulu sebelum dipanjangkan ke mesyuarat kabinet.

"Ini merupa kan maklum balas kita terhadap permintaan daripada Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda Umno Datuk Sohaimi Shahadan yang mahukan kerajaan menubuhkan 'one stop center' untuk usahawan yang meminati dunia perniagaan," katanya kepada para pemberita sebaik sahaja selesai merasmikan Program BePU Entrepreneur's Lectures Series-1 anjuran Biro Ekonomi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Universiti Malaya, semalam.

Sebelum itu, pengerusi biro berkenaan, Datuk Sohaimi Shahadan meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan membangunkian 'one stop center' di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai satu galakan dan dorongan belia membabitkan diri dalam dunia perniagaan.

Pada masa sama, Lajim menjelaskan dalam usaha kerajaan membantu pelbagai pihak untuk menceburkan diri dalam bidang ekonomi, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada mereka. Antara kemudahan yang dimaksudkan ialah bakal usahawan tidak perlu lagi menunggu masa lama untuk mendapatkan permit sepertimana tahun-tahun sebelum ini.


"Pada masa sekarang, hari ini kita pohon permit, hari ini kita luluskan. Kecuali perniagaan yang hendak kita jalankan itu membabitkan soal makanan. Kalau kita berniaga makanan, kita kenalah menjalani ujian kesihatan terlebih dahulu sebelum permit dikeluarkan

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort dalam usaha kerajaan memberikan galakan kepada usahawan, Kementerian menyediakan pelbagai bantuan untuk dinikmati oleh golongan tersebut. Antara bantuan disalurkan ialah program latihan keusahawanan, menyediakan peruntukan kepada setiap Ahli Parlimen dan program 'Local Agenda 2' dan menetapkan dasar-dasar dan pekeliling kepada PBT berhubung permit perniagaan serta penambahbaikan lesen perniagaan.

"Semua ini adalah usahaha kerajaan untuk mempermudahkan dan mempercepatkan urusan rakyat," jelas beliau

No comments:

Post a Comment