Wednesday, December 23, 2009

Kesejahteraan rakyat Akan Terus Menjadi fokus kerajaan



TURUN PADANG…Lajim yang diiiringi oleh Isnin dan Sadih ketika meninjau pembinaan gerai perniagaan di kampong Menunggang Kuala Penyu yang kini siap sepenuhnya dan bakal digunakan oleh golongan peniaga di kampong tersebut



KUALA PENYU : Kesejahteraan rakyat akan terus menjadi fokus dasar awam dan program kerajaan di mana pembasmian kemiskinan akan terus diberi perhatian dan peruntukan sewajarnya akan disediakan oleh kerajaan

Peningkatan kemudahan asas sistem pengangkutan Bandar termasuk di luar Bandar serta mempertingkatkan pembabitan wanita dalam aktiviti ekonomi juga akan menjadi fokus dasar awam kerajaan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata ,rakyat, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah dan Sarawak akan mendapat akses yang lebih baik kepada bekalan air bersih, elektrik, pendidikan dan kemudahan kesihatan selari dengan sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi infrastruktur

“ Aspek ini akan terus diberikan perhatian oleh kerajaan Barisan Nasional dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK-10) sebagai satu komiten selaras dengan kesungguhan kerajaan mendahulukan kepentingan demi kesejahteraan rakyat” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan Projek Pembinaan Gerai gerai perniagaan di Kampung Menunggang dekat sini petang kemarin

Mengiringi lawatan beliau Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih dan Setiausaha Sulit Beliau (Lajim) Sadih Haji Nasah

Pembabitan masyarakat luar Bandar dalam aktiviti ekonomi akan dipertingkat melalui program latihan keusahawanan dan kemahiran,pinjaman disamping menyediakan kemudahan asas yang sempurna bagi rakyat menjalankan aktiviti ekonomi

“ Pembinaan gerai gerai seumpama ini merupakan salah satu usaha kerajaan bagi menyediakan kemudahan yang lebih baik dan selesa bagi masyarakat di luar Bandar untuk menjalankan aktiviti perniagaan” katanya.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort dari pemerhatian beliau sepanjang lebuh raya antara Menumbok dan Beaufort didapati banyak gerai gerai sementara didirikan yang menjual pelbagai jenis perniagaan antara sayur-sayuran,buah-buahan termasuklah hasil hasil kraftangan tempatan.

“ Apabila melihat setuasi ini, saya memikirkan perlu diwujudkan sebuah gerai berpusat yang lebih baik dan selesa bagi penduduk setempat menjalankan aktiviti perniagaan mereka seharian sesuai dengan keadaan kawasan ini yang menjadi laluan utama orang ramai samaada dari Labuan,Menumbok,Beaufort ,Kota Kinabalu dan daerah daerah lain” katanya.

Projek Pembinaan Gerai Perniagaan di Kampung Menunggang yang menelan belanja sekitar RM60,000.00 peruntukan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dijangka akan dibina di beberapa buah kampong lagi di kawasan tersebut.

No comments:

Post a Comment