Monday, December 7, 2009

KUALA PENYU BERPOTENSI UNTUK DIBANGUNKAN KOMPLEKS PERIKANAN DAN LIMBUNGAN KAPAL




BINCANG…Kelihatan Lajim bersama Pegawai Daerah Edmond (Belakang) Pegawai Kerja Majlis Daerah Haji Mohd.Fazlee Abdullah dan Pegawai Kemajuan Masyarakat Sanawi Sapar berbincang selepas mesyuarat tersebut

KUALA PENYU: Daerah ini berpotensi untuk dibangunkan sebuah pusat limbungan kapal dan juga kompleks perikanan berdasarkan kepada lokasinya yang berhampiran dengan laut dan juga aktiviti perikanan yang menjadi sebahagian dari sumber pendapatan masyarakat di kawasan ini.

Ahli Parlimennya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, untuk tujuan ini satu kajian juga kertas kerja cadangan akan dikemukakan kepada kerajaan negeri untuk dipertimbangankan ada kedua-dua projek ini dapat dilaksanakan di daerah ini bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 akan datang.

“ Kita akan memperhalusi cadangan ini untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan agar kedua-dua projek ini dapat dibangunkan di daerah ini,dimana jika ianya dapat dilaksanakan ianya akan memberikan impak yang besar terhadap penjanaan ekonomi khususnya masyarakat di kawasan ini” katanya semasa ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat Cadangan Projek Pembangunan (RMK-10) di bilik mesyuarat Pejabat Daerah di sini kemarin.

Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo serta ketua ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan jika pusat Limbungan Kapal dapat di bena di kawasan ini, ianya bukan sahaja dapat memberikan kemudahan kepada para nelayan yang beroperasi dengan bot bot besar untuk memperbaiki kapal-kapal mereka namun kapal-kapal laut komersial juga dapat menggunakan limbungan kapal ini untuk memperbaki kapal-kapal mereka.

“ Pada masa ini pengusaha kapal-kapal laut ini terpaksa ke Kota Kinabalu atau Wilayah Persekutuan Labuan bagi memperolehi perkhidmatan membaiki kapal mereka , justeru jika cadangan ini dapat dilaksanakan ianya akan memberikan kemudahan kepada penguasaha yang terlibat” katanya.

Ketika mengulas lanjut cadangan pembinaan Kompleks Perikanan untuk dibangukan di kawasan ini Lajim berkata, pembinaannya juga akan memberikan ransangan ekonomi masyarakat setempat dimana pelbagai industri lain hasil dari aktiviti perikanan dapat dikembangkan di kawasan ini.

Dalam perkembangan lain Ketua Umno Bahagian Beaufort ini juga melahirkan rasa puas hati beliau terhadap persediaan semua jabatan dan agensi kerajaan yang ada di daerah ini yang telah menyenaraikan keperluan projek pembangunan untuk dilaksanakan dalam tempoh (RMK-10) .

“ Kita akan terus melaksanakan pelbagai projek pembangunan insfrastruktur seperti, jalanraya,bekalan air dan api bagi memestikan semua kampong khususnya yang belum menikmati kemudahan ini dapat menikmatinya sebelum berakhir tempoh (RMK-10) dimana semua projek yang dilaksanakan akan memberikan impak kepada kesejahteraan dan juga turut menjana ekonomi rakyat di kawasan ini” tambah Lajim

No comments:

Post a Comment