Tuesday, April 13, 2010
KERAJAAN BN SENTIASA PRIHATIN DENGAN MASALAH RAKYAT
Kelihatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin beramah mesra dengan penduduk Orang Asli di kampung Tun Abdul Razak semasa program tersebut
HULU SELANGOR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin terhadap masalah kemiskinan rakyat khususnya masyarakat Orang Asli dengan sentiasa mengamalkan konsep turun ke padang mendampingi mereka selaras dengan sikap mengutamakan rakyat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin (gambar ) berkata sejak tampuk pemerintahan diambil alih Najib, sebagai Perdana Menteri beliau berjaya melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.
"Para pemimpin masa kini sudah mencontohi Perdana Menteri dengan program turun padang untuk mendampingi rakyat bagi memahami dengan lebih dekat akan masalah mereka dan ia dilakukan sejak Najib memerintah bukan semasa kempen pilihan raya kecil semata-mata," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 168 keluarga Orang Asli di Kampung Tun Abdul Razak, Kuala Kubu Bharu di sini, Selasa.
Lajim yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno turut menyangkal dakwaan bahawa BN bukan parti yang hanya menemui penduduk semasa musim pilihan raya tetapi sentiasa turun padang menyelesaikan pelbagai masalah penduduk tanpa mengira waktu.
Menurutnya, BN telah membuktikan kejayaan memerintah negara ini dengan memberikan banyak peluang pembangunan seperti pendidikan dan infrastruktur termasuk Sabah dan Sarawak yang telah mencapai kemajuan di bawah pimpinan BN.
Terdapat kira-kira 1,000 pengundi Orang Asli di Hulu Selangor.
Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa BN akan merampas kembali kerusi Hulu Selangor daripada pembangkang pada 25 April ini memandangkan sokongan terhadap BN telah mula dilihat meningkat setelah beberapa tinjauan mesra yang dilakukan Najib termasuk Program Transformasi Kerajaan (PTK).
"Kita yakin pasti Orang Asli di Hulu Selangor menyokong BN adalah satu-satunya parti yang mampu membela nasib masa depan mereka dan mendapat pembangunan hanya daripada kerajaan BN," katanya.
Sementara itu, Jabatan Kerajaan Tempatan melaksanakan aktiviti Local Agenda 21 selaras dengan tuntutan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bansga Bersatu (PBB) bagi mewujudkan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan, swasta dan masyarakat.
Katanya, Local Agenda 21 sebagai platform untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan di samping masyarakat tempatan boleh melibatkan diri.
Menurutnya ini membolehkan mereka mengenalpasti dan mengkaji isu pembangunan mampan, membentuk pelan tindakan bagi menangani isu tersebut dan melaksanakan pelan itu.
"Ini bermakna, penduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTugas Wakil Rakyat(WR) bukanlah utk m'layan hanya komen yg m'yokong dan m’lenyapkan semua yg tidak/m’gkritik. WR yg baik perlu bersedia m'dengar kesemuanya, m'pertimbangkannya sedlm mngkin dan bertindak setelah semuanya dikaji.
ReplyDeleteBukannya mudah m'jadi pemimpin zaman skrg. Msy'kat yg kian bernas/tajam/kritis pemikirannya tidak mau pemimpin politik/WR yg hanya tau m'guruskan gotong-royong dan m'yampaikan derma, sumbangan, rasmi itu dan ini. Mrk maukan tokoh2 yg arif akan isu-isu politik dan ekonomi, berani berdepan segala komen dan kritikan yg dilemparkan smada baik/buruk.
Sekiranya masih ada pemimpin2 politik di M'sia baik di pihak BN mahupun di pihak PRyg masih m'ganggap kedudukan mrk setaraf dgn pemimpin zaman feudal dan golongan bangsawan dahulu kala yg tidak boleh disanggah segala komen dan tindakan mereka, nescaya tidak lama jangkahayat politik mrk. Ramai yg hanya tau/ingin mengkayakan diri semata-mata. Hampir semua projek kerajaan disapu oleh golongan ini.
Adalah tidak munasabah utk m'gharapkan golongan muda yg berpendidikan tinggi dan terdedah dgn pelbagai falsafah ideologi dan teori pemikiran dgn mudah dpt menerima apa saja yg diluahkan kerajaan. Setiap dasar harus diteliti, setiap kata-kata wajib diamati, dan jika ada kelemahan dan kepincangan dikesan, bersedialah m'dengar kritikan. Sesungguhnya zaman m’perbodohkan/m’perkudakan rakyat kampung kebykan sudah berlalu..