Saturday, April 10, 2010
TRANSFORMASI BAGI KEKALKAN KEKUATAN PARTI
SIDANG MEDIA…Lajim (tengah) bersama kepimpinan BN Beaufort semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut
KOTA KINABALU : Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, (BN) khususnya di kawasan itu perlu melaksanakan transformasi yang sesuai, dalam usaha mengekalkan kekuatan dan kedudukan parti itu di mata rakyat.
Lajim yang juga Ketua Umno Bahagian Beaufort berkata, usaha berterusan untuk meningkatkan keyakinan dan kepercayaan, ahli dan rakyat terhadap keupayaan BN untuk terus menerajui Negara perlu terus dilaksanakan melalui pelbagai pendekatan dan juga tindakan selari dengan aspirasi rakyat terutamanya dalam memenuhi keperluan pembangunan.
" Kita akan berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013. Oleh kerana itu tempoh tahun ini dan tahun depan, kita perlu mengerakkan jentera parti melalui pendekatan yang perlu digunakan untuk menjadi juara kepada rakyat”
"Apa juga pendekatan dan perubahan yang hendak digunakan kita harus dimulakan seberapa segera, baik berhubung organisasi parti , struktur atau program yang hendak dimulakan harus dimulakan secepat mungkin," katanya.
Beliau berkata demikian semasa mempengerusi mesyuarat BN bagi kawasan Parlimen Beaufort dekat sini petang kemarin
Hadir sama Ketua UPKO Bahagian Beaufort Datuk Wences Angang,Ketua PBS Bahagian Kuala Penyu Sebastian Dirih Anjim Ketua MCA Bahagian Beaufort Vincet Yong serta ketua-ketua parti kompenan BN di kawasan Parlimen Beaufort.
Beliau berkata dalam tempoh itu, fokus utama adalah untuk memastikan kepimpinan di semua peringkat memahami hala tuju baru parti selain memberi perhatian kepada usaha untuk memperkemaskinikan data keahlian parti,data pemilih termasuklah program program yang memberikan manafaat kepada ahli dan rakyat yang mampu memberikan keyakinan kepada rakyat untuk terus menyokong perjuangan BN
“Dalam tempoh dua tahun ini, BN harus bekerja keras, meletakkan sasaran apa yang patut kita utamakan dan bagaimana untuk memastikan pimpinan parti di semua peringkat memahami aspirasi kerajaan dan dapat diterjemahkan perkara itu kepada ahli dan masyarakat” katanya.
Menurutnya sekalipun BN Sabah mempunyai rekod pencapaian yang terbaik semasa pilihanraya umum yang lepas namun ianya bukanlah asas bagi pemimpinan BN duduk dalam keadaan “Zon Selesa” kerana ada di beberapa tempat khususnya di kawasan itu BN kalah dalam beberapa saluran semasa pilihanraya umum yang lepas.
“ Kita kena kaji dan teliti masalah ini untuk diperbaiki dan program Juara rakyat yang dianjurkan oleh Umno dan BN adalah flatfrom terbaik untuk mendekati rakyat di peringkat akar umbi” tambah Lajim
Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, Barisan Nasional Beaufort akan menghantar rombongan dari BN Bahagian itu bagi membantu kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor bermula pada hari penamaan calon pada 17 April sehinggalah pembuangan undi pada 25 April nanti
“ Kita akan menghantar delagasi BN dari bahagian ini secara berperingkat-peringkat bukan sahaja membantu menjalankan kempen semasa pilihanraya kecil ini, namun ianya sebagai pendedahan kepada pemimpin BN di kawasan ini bagi mengetuahi isu dan setuasi politik semasa” katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment