Friday, April 30, 2010

PERGERAKAN PUTERI UMNO BEAUFORT SUMBANG SATU SET ALAT PENYEDUT HABUK UNTUK MASJID NUR EHSAN KAMPUNG TEMPORONG


SERAH SUMBANGAN...Kelihatan Saridah ketika menyerahkan sumbangan satu set alat penyedut habuk kepada pengerusi Masjid Yusuf sempana majlis tersebut


SAMPAIKAN SUMBANGAN...Pergerakan Puteri Umno bahagian Beaufort baru-baru ini telah menyumbangkan satu set alat penyedut habuk (Vacium) untuk kegunaan Masjid Nur Ehsan Kampung Temporong Kuala Penyu. Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketuanya Saridah Datuk Mohd.Dun kepada Pengerusi Masjid kampung berkenaan Yusuf Hanifah sempana dengan majlis perasmian masjid tersebut yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin. Masjid yang dibina pada awal tahun lepas kini siap sepenuhnya dimana ianya menelan kos sebanyak RM350 ribu dan boleh menampung sekitar 100 orang jemaah. Saridah ketika ditemui selepas majlis penyerahan tersebut berharap melalui sumbangan tersebut jawatankuasa masjid berkenaan dapat mempertingkatkan kualiti dari aspek kebersihan masjid yang perlu diambil perhatian khusus oleh jawatankuasa masjid agar para jemaah dapat mengerjakan ibadah dalam keadaan yang bersih dan selesa.

No comments:

Post a Comment