Monday, April 19, 2010

MASA DEPAN RAKYAT HULU SELANGOR AKAN TERJAMIN JIKA MEMILIH BN





SERAH BANTUAN...Lajim sambil dibantu oleh Naib Ketua Bahagian UPKO Beaufort Lokman Sunggim semasa menyerahkan kerusi roda kepada salah seorang penerima semasa berkempan di kawasan Hulu Selangor

HULU SELANGOR: Rakyat khususnya di kawasan Hulu Selangor perlu melakukan anjakan paradigma dalam mencorak masa depan mereka yang lebih gemilang dengan memberikan sokongan padu kepada calon Barisan Nasional pada pilihanraya kecil kali ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata,dengan memberikan sokongan dan mandat kepada calon Barisan Nasional bagi mewakili kawasan Hulu Selangor pada pilihanraya kecil kali ini rakyat khususnya di Hulu Selangor telah membuat pilihan yang bijak dan tepat untuk mempestikan proses pembangunan di kawasan itu akan dapat terus di jana.
Katanya rakyat di Hulu Selangor jangan mudah percaya dan terpengaruh dengan taktik pembangkang yang kini semakin ligat memburuk-burukkan kerajaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
Selain itu, jelas beliau, pembangkang juga menuduh kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) berlaku zalim kepada rakyat sedangkan semua kejayaan yang dikecapi oleh rakyat negara ini sejak merdeka adalah hasil bantuan dan perancangan kerajaan Barisan Nasional
"Kalau kerajaan zalim tidak mungkin tahap kemiskinan penduduk negara ini dapat dikurangkan sehingga hanya tiga peratus sahaja sekarang berbanding lebih 60 peratus rakyat yang miskin selepas merdeka” katanya ketika berucap merasmikan program Local Agenda 21 di SKC, di Ulu Bernam, semalam.
Hadir sama di majlis tersebut Setiausaha Politik Menteri Pertahanan Shahrul Zaman bin Dato' Yahya, Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih ,Ketua Pergerakan Pemuda Umno Beaufort Mohd.Ishak Haji Ibrahim serta pemimpin masyarakat tempatan yang lain.
Menurut Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno kerajaan telah menetapkan komitmen untuk membasmi kemiskinan secara total pada tahun ini tanpa mengira kaum sama ada Melayu, Cina, India serta kaum-kaum lain.
Beliau juga turut mengingatkan pengundi di kawasan tersebut khususnya dari pengundi Melayu agar tidak mempertikaikan perletakan P. Kamalanathan dari parti MIC sebagai calon BN di kawasan itu.
“ Tidak perlu pertikaikan soal calon, calon kita P. Kamalanathan merupakan calon BN, beliau mewakili setiap bangsa di negara ini, orang Melayu dan cina tidak perlu gundah gelana untuk memberi peluang kepada calon 1Malaysia ini bagi mewakili BN di Parlimen Hulu Selangor kerana sudah pesti beliau akan berkhidmat sebagai Wakil Rakyat kepada semua kaum di kawasan ini ” katanya
Beliau menambah soal calon bukanlah perkara pokok namun kepimpinan tertinggi BN melihat calon yang diletakkan boleh bekerja dan memberikan khidmat untuk rakyat dimana keutamaan ialah kawasan ini akan menjadi kawasan BN agar proses pembangunan untuk kebaikan rakyat setempat dapat dilaksanakan secara berterusan. Oleh: Jaafar Abdul Wahid

No comments:

Post a Comment