Thursday, April 29, 2010

SEMBILAN PULUH PERATUS PROJEK DALAM RMK-9 DI PARLIMEN BEAUFORT SIAP






IKATAN UKHWAH…Lajim diiringi oleh Penolong Pengawai daerah Kuala Penyu Abdul Rahim Yakub bersalaman dengan masyarakat Isalam setempat sejurus tiba di majlis tersebut


KUALA PENYU : Hampir 90-peratus projek pembangunan dalam rancangan Malaysia Kesembilan RMK-9 di kawasan Parlimen Beaufort telah dilaksanakan sepenuhnya.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, berkata, hanya beberapa projek yang belum selesai dilaksanakan. Antaranya menaik taraf beberapa batang jalan raya di daerah Beaufort dan Kuala Penyu.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort , di Kuala Penyu kira-kira 60-kilometer jalan-jalan kampung yang perlu dinaik taraf manakala di daerah Beaufort kira-kira 50 kilometer kini sedang dalam proses menaik taraf.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Maulidur Rasul dan Fastivel Kesenian Islam Peringkat Daerah di Dewan Masyarakat Dato Shah Bandar Makang dekat sini pagi kemarin

Lajim menambah ,jika jalan-jalan berkenaan tidak dapat disiapkan sepenuhnya dalam RMK-9, ia akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)

Terdahulu berucap pada majlis tersebut,Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) ini juga berkata, Sambutan Maulidurassul bukan sahaja menjadi ruang untuk umat Islam memperingati dan meraikan hari keputeraan junjungan besar Nabi Mohhamad, malah menjadi wadah untuk memperkukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan umat Islam.

Katanya, pertalian ukhuwah dalam kalangan umat islam perlu disemarakan agar terus dapat mewujudkan keadaan aman dan harmoni, sekaligus dapat merancang pelbagai program pembangunan dalam semua aspek termasuk Ekonomi, sosial, pendidikan dan yang membawa faedah kepada masyarakat majmuk.

Mengenai aktiviti kesenian Islam yang dianjurkan beliau berkata, ia merupakan ruang untuk mempamerkan pelbagai kesenian Islam, yang sekaligus dapat menarik minat golongan belia menyertai kegiatan yang berkaitan dengan aktiviti keagamaan.

Beliau berharap golongan belia akan terus berusaha menyertai segala aktiviti berunsur keagamaan yang bukan sahaja meningkatkan pengetahuan dalam ajaran agama malah dapat mengisi masa lapang yang terluang dengan aktiviti berfaedah.Lebih lima ratus umat Islam daripada 14-kontinjen menyertai majlis tersebut.

No comments:

Post a Comment