Thursday, April 1, 2010

Akta Sisa Pepejal Dikuatkuasa Selepas Penswastaan Muktamad



Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin.....Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 akan dikuatkuasakan selepas proses penswastaan pengurusan sisa pepejal negara dimuktamadkan.

KUALA LUMPUR: Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 akan dikuatkuasakan selepas proses penswastaan pengurusan sisa pepejal negara dimuktamadkan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin (gambar ) berkata .pelaksanaan akta itu ditangguhkan beberapa kali kerana kerajaan masih mengkaji beberapa perkara berkaitan, antaranya implikasi kewangan daripada proses penswastaan itu.

"Akta ini akan dikuatkuasakan pada hujung tahun ini atau tahun depan bergantung kepada proses penswastaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini Khamis.

Berdasarkan akta itu, tugas-tugas pengurusan sisa pepejal perbandaran dan komersial serta pembersihan awam akan diambil alih oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) yang mula beroperasi pada Jun 2008.

Ketika ini pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang membayar syarikat pengurusan sisa pepejal seperti Alam Flora, SWM Environment dan Idaman Bersih Sdn Bhd, mengikut zon yang ditetapkan

No comments:

Post a Comment