Monday, March 29, 2010
Pemuda Umno Beaufort Letakkan Tiga Agenda Utama
SERAH SUMBANGAN…Kelihatan Azman sambil diperhatikan oleh Mohd.Ishak turut menyapaikan sumbangan pakaian sukan kepada Ketua Pemuda Umno cawangan Pekan Amir Shah Ahmad di majlis tersebut
BEAUFORT : Pergerakan Pemuda UMNO bahagian ini .meletakkan tiga agenda utama dalam menjayakan gerakan turun padang ke seluruh cawangan di bahagian itu dengan memberikan tumpuan ke arah memperkasakan bidang pendidikan, membasmi gejala sosial dan melibatkan secara total golongan muda dalam sektor yang menjadi tumpuan kerajaan negeri.
Ketua Pemudanya, Mohd.Ishak Haji Ibrahim berkata selain daripada memberi penekanan menambah keahlian dan daftar pemilih, pihaknya melihat ketiga-tiga perkara itu perlu diperkukuhkan dan digerakkan dengan penuh komited bagi melahirkan belia yang berwibawa dan berwawasan.
“Kita akan melakukan pendekatan bagi mendekati masyarakat akar umbi, program yang menjurus ke arah penglibatan golongan belia mesti diberi keutamaan” katanya ketika ditemui selepas menerima borang permohonan ahli baru dari Pergerakan Pemuda Umno cawangan Pekan Kuala Penyu dekat sini.
Selain penerimaan borang permohonan tersebut pergerakan pemuda Umno bahagian Beaufort juga turut menyampaikan sumbangan pakaian sukan dan turut mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan bersama dengan pasukan pergerekan Pemuda Umno cawangan Pekan di padang Pekan kuala penyu
Menurut Ishak pendekatan ini akan dilaksanakan secara beterusan dan pergerakan pemuda Umno bahagian Beaufort bersedia turun ke bawah untuk merangka serta melaksanakan apa juga program bagi memastikan golongan muda ini menjadi penyumbang penting dalam menjana kemajuan negeri”, katanya
Beliau berkata pergerakan pemuda Umno bahagian Beaufort juga akan mengadakan beberapa siri perbincangan dengan agensi kerajaan negeri bagi mengenalpasti ruang dan peluang yang boleh dimanfaatkan bersama bagi menjayakan agenda tersebut
“Kita akan wujudkan satu bentuk persefahaman erat dengan agensi kerajaan terbabit. Komunikasi atau perhubungan dua hala ini penting agar kita dapat berjalan seiring dengan perancangan yang akan dilaksanakan oleh agensi kerajaan negeri nanti”, ujarnya.
Semntara itu Naib Ketua Pemuda Umno bahagian Beaufort Azman Datuk Seri Panglima Haji Lajim pula berkata, bagi memperkasakan pendidikan dan membasmi gejala sosial pula, pemuda Umno Beaufort merangka beberapa program khusus antara termasuklah aktiviti sukan da riadah disamping melibatkan kerjasama pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau pihak swasta lain untuk turut sama turun padang.
“ Sebagai contoh hari ini kita mengadakan aktiviti sukan bersama pergerakan pemuda di peringkat akar umbi dengan harapan mereka dapat dilibatkan dalam aktiviti riadah yang sudah tentu sebagai satu program yang boleh menangani penglibatan belia dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sehat” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment