Tuesday, March 23, 2010

Dewan Rakyat: Dosh Tidak Dedah Laporan Akhir Siasatan Keruntuhan Jaya Supermarket

DATUK SERI LAJIM….. Dosh Tidak Dedah Laporan Akhir Siasatan Keruntuhan Jaya Supermarket

KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh) pada masa ini tidak berhasrat mendedahkan laporan akhir Jawatankuasa Penyiasatan Keruntuhan Bangunan Jaya Supermarket (JPKBJS) kepada umum.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin (gambar ) berkata ini kerana Dosh akan menggunakan dokumen rahsia itu untuk tindakan pendakwaan terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam kemalangan itu bagi mengelak berlaku sub-judis.

"Laporan hasil siasatan tragedi bangunan Jaya Supermarket runtuh di Seksyen 14, Petaling Jaya pada 28 Mei 2009 disediakan JPKBJS.

"Ia mengandungi maklumat daripada laporan yang disediakan oleh agensi lain iaitu DOSH dan diklasifikasi sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia 1972 (Akta 88)," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) yang ingin tahu mengenai laporan hasil siasatan tragedi itu dan pihak bertanggungjawab dalam kejadian itu.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort,berkata Dosh kini dalam proses mengambil tindakan pendakwaan terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam kemalangan itu dan perkara itu kini di peringkat akhir Jabatan Peguam Negara.

No comments:

Post a Comment