Thursday, March 11, 2010

34.5 JUTA DIPERUNTUKAN KEPADA 22 KAWASAN PBT DI SABAH






MESRA…Lajim diiringi oleh Ghulam dan Abidin bersalaman dengan pegawai pegawai kerajaan sejurus tiba ke majlis tersebut


KOTA KINABALU :Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) meluluskan Geran Tahunan 2010 berjumlah 34.5-juta ringgit bagi 22 kawasan PBT di negeri ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, daripada jumlah itu Majlis Daerah Beaufort memperoleh 922-ribu 120.51-sen, Kuala Penyu 402-ribu 723.29-sen dan Sipitang 560-ribu 623.34 sen.

Katanya, tahun ini juga PBT menerima peruntukan kerajaan persekutuan secara purata 1.5-juta ringgit manakala 595-ribu ringgit akan disalurkan kepada Program Kebersihan Awam dan Local Agenda di peringkat PBT di seluruh negeri.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Daerah Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu pagi kemarin.

Hadir sama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Tempatan datuk Ghulam Haidar Khan, Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Haji Ahmad,Ahli Dewan Undangan negeri Lumadan Kamarlin Haji Ombi,Ahli Dewan Undangan negeri Kuala Penyu John Teo Mau Sang,Ahli Dewan Undangan Negeri Sindiuman Ahmad Haji Bujang dan Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan perumahan Datuk Abidin Mandingkir.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Sipitang berkata, peruntukkan itu dilihat mampu memperkasakan perkhidmatan PBT disamping meningkatkan pelbagai prasarana pembangunan di seluruh negeri ini.

Sementara itu beliau sendiri akan memaklumkan peruntukkan yang disalurkan PBT kepada wakil rakyat dan Ahli Parlimen dalam merancang pembangunan di kawasan masing-masing.

“ Sebelum ini, terdapat segilitir wakil rakyat dan ahli parlimen tidak mengetahui projek pembangunan di kawasan masing-masing menyebabkan wujud salah faham dalam kalangan mereka” katanya.

Dalam Perkembangan sama Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort mengingatkan agar semua PBT memberi kelulusan segera terhadap permohonan lesen perniagaan cepat, mudah, adil dan telus kepada golongan peniaga di negeri ini.

Bagi tujuan itu, kementeriannya memperkenalkan beberapa insentif serta penambahbaikkan termasuk pelaksanaan Pusat Setempat (OSC) dalam cadangan pemajuan dan pengeluaran Certificate Of Completion and Compliance (CCC) kepada golongan profesional di negeri ini.
Datuk Lajim menambah, kementeriannya akan memberi tumpuan terhadap penambahbaikan kepada pengeluaran Lesen perniagaan dan lesen komposit hotel dan Sistem Star Rating PBT (SSR-PBT), di negara ini

No comments:

Post a Comment