Tuesday, March 9, 2010

KOPERSI PBBS AKAN DITUBUHKAN






MEMPENGERUSIKAN
..Lajim (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut.Turut Kelihatan Setiausaha Agung Awg.Anak dan Naib Naib Presiden Saridah ,Haji Roslan dan Edris Ali

BEAUFORT: Bagi mempertingkatkan lagi penyertaan masyarakat Bisaya khususnya ahli-ahli persatuan dalam bidang ekonomi khususnya keusahwanan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) akan menubuhkan sebuah koperasi yang dikenali sebagai kopersi (PBBS)

Presidennya Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, usaha ini membuktikan kesungguhan persatuan tersebut membantu mempertingkatkan ekonomi masyarakat Bisaya di negeri ini melalui penglibatan kopersi dalam pelbagai bidang perniagaan dan keusahawan yang berpotensi untuk diterokai bagi membantu meningkatkan ekonomi masyarakat Bisaya.

“ Satu ahli jawatankuasa penaja akan ditubuhkan dalam tempoh terdekat ini ,dimana saya yakin jika jawatankuasa ini komited dsiamping sokongan ahli-ahli dan masyarakat Bisaya, tidak mustahil kopersi ini dapat diwujudkan dan digerakkan bagi memainkan peranan membantu mempertingkatkan taraf siso ekonomi masyarakat Bisaya dalam pelbagai bidang perniagaan dan keusahwanan” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis tertinggi (PBBS) di Bilik mesyuarat Majlis Daerah dekat sini baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turun mengingatkan agar setiap biro yang telah diwujudkan dalam persatuan tersebut dapat memainkan peranan aktifnya bagi membantu (PBBS) merealisasikan setiap program yang dirancang dapat memberikan manfaat kepada ahli-ahli khususnya masyarakat Bisaya.

Sehubungan dengan itu menurut Lajim pertubuhan tersebut juga telah mengwujudkan Skud Muda yang akan diperkasakan bagi menarik lebih ramai golongan muda dari masyarakat Bisaya menyertai persatuan tersebut

Menurutnya tenaga muda ini amat diperlukan sebagai pemimpin pelapis yang akan meneruskan agenda perjuangan (PBBS pada masa akan datang.

“ Kita perlu menyediakan pemimpin muda yang berwawasan serta mempunyai jatidiri yang boleh menyumbang sesuatu yang bermanfaat kepada persatuan khususnya kepada masyarakat Bisaya di negeri ini” katanya

Pada mesyuarat tersebut Biro Kebajikan yang dipengerusikan Timbalan Bendahari (PBBS) Jawarin Nasar turut mengumukan sumbangan peribadi sebanyak RM5,000 sebagai dana permulaan untuk mengisi tabung biro berkenaan yang akan digunakan untuk membantu masyarakat Bisaya yang ditimpa musibah seperti kematian dan sebagainya

Sementara itu Naib Presiden (PBBS) Isnin Haji Aliasnih juga turut memulakan dana untuk Biro Kebajikan dengan sumbangan peribadinya sebanyak RM5,000 yang akan digunakan untuk membantu anak-anak Bisaya dalam bidang pendidikan terutamnya bagi mereka yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi khususnya dalam bidang perubatan.

No comments:

Post a Comment