Tuesday, March 23, 2010

Suntik Keyakinan Dan Semangat Baru Anggota Umno






SERAH SUMBANGAN...Kelihatan Lajim turut menyerahkan sumbangan sejadah kepada pengerusi Masjid selepas menyertai gotong royong membersihkan masjid di kampong tersebut

TUARAN: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin tidak mahu umno dilihat sebagai parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit dan sebagai ' parti mencari sesuatau' oleh mana-mana anggotanya

Katanya, selaku tunjang Barisan Nasional, Umno bersama parti-parti komponen lain sedang mengambil langkah pengukuhan semula dan memulihkan sokongan rakyat terhadap kerajaan

Beliau berkata bagi mempestikan parti sentiasa memperolehi sokogan massa, adalah penting Umno dan Barisan Nasional sentiasa diyakini sebagai parti yang ampuh membela untung nasib rakyat.

"Kita mahu Umno dilihat, dirasai serta diyakini sepenuhnya sebagai parti inklusif yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri," katanya semua ditemui selepas mengetuai rombongan Umno bahagian Beaufort mengadakan program gotong royong di masjid kampong Termonung dekat sini baru baru ini.

Rombongan tersebut terdiri dari peserta kursus memantapkan kepimpinan parti dari Umno bahagian Beaufort yang diadakan di salah sebuah pusat peranginan di sini yang turut disertai oleh Timbalan Ketua Bahagian Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Umno bahagian Datuk Kimjus Duim dan Ketua Penerangan Umno bahagian Haji Samin Haji Ongki.

Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort turut mengajak anggota Umno di semua peringkat kerap melakukan muhasabah diri untuk melihat kelemahan dan kekhilafan, dan mengambil langkah mengatasi kelemahan dan kekurangan tersebut

"Apa yang penting, ahli-ahli Umno perlu mewajahkan peri laku mulia dan nilai-nilai murni sebagai asas jatidiri dan kekuatan parti," katanya

Lajim turut menyenaraikan perilaku dan budaya politik yang beliau mahu anggota Umno
amalkan bagi memastikan parti itu diterima dan disokong rakyat.

"Antara sifat pemimpin yang paling didambakan dan digemari rakyat adalah sifat merendah diri dan tawadhuk," katanya.

Dalam perkembangan yang sama Lajim juga mahukan barisan pemimpin parti itu supaya sentiasa mendampingi anggota akar umbi dan juga rakyat.

"Rakyat akan membenci pemimpin yang memisahkan diri dari mereka, sukar didekati, apatah lagi pemimpin yang sombong dan bongkak. Rakyat menyanjung pemimpin yang menunjukkan keikhlasan dan merasai keseronokan menabur bakti," katanya

No comments:

Post a Comment