Monday, March 29, 2010

JADIKAN BACA AL QURAN SEBAGAI KEHIDUPAN SETIAP MUSLIM


TAHNIAH...Kelihatan Kamarlin yang mewakili Lajim menyampaikan hadiah kepada johan qari Rahman Majamal di majlis tersebut


BEAUFORT: Budaya membaca,memahami dan menghayati al_Quran patut dimulakan diperingkat awal dan dijadikan sebagai agenda kehidupan setiap muslim.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, perkara ini mesti dimulakan dalam institusi kekeluargaan dengan penglibatan seluruh isi rumah di bawah pimpinan ketua keluarga.

''Selepas itu ia disemarakkan pula dalam institusi kemasyarakatan sehingga budaya ini diperluaskan di seluruh negara sebagai satu aktiviti membudayakan al-Quran yang menjadi panduan kehidupan di negeri kita.

''Kesannya, ia mampu meningkatkan kadar celik al-Quran dan memastikan kemuliaan kitab suci ini sentiasa dijaga dan dipelihara," katanya ketika berucap merasmkan majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Beaufort di Dewan Masyarakat Janang Gayuh Kampung Kukut Dekat sini malam kemarin

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Wakil Rakyat Kawasan Lumadan Kamarlin Haji Ombi yang mewakili Lajim merasmikan majlis tersebut

Turut hadir pegawai takdbir (Jehins) Bahagian Beaufort Abidin Alihassan dan Setiausaha Umno Bahagian Haji Jusih Haji Sarin

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort . al-Quran memiliki posisi yang amat vital dan terhormat dalam masyarakat muslim di seluruh dunia. Di samping sebagai sumber hukum,pedoman moral,bimbingan ibadah rujukan keimanan disamping ,Al-Quran juga merupakan sumber peradaban yang bersifat historis dan universal

” Ilmuwan Islam terdahulu menjadikan al-Quran sebagai sumber berfikir dan mencetuskan anjakan perubahan dalam kehidupan bagi menyelesaikan kemaslahatan ummah. Al-Quran juga membimbing bagaimana memahami definisi kemajuan dan modenisasi serta pedoman kepada kita (mengenai) pengertian sains dan teknologi” katanya

Sementara itu Wakil dari Zon Weston Rahman B. Majamal muncul sebagai Johan dalam bahagian Qari sementara) Naib Johan dimenanagi oleh Abd. Sagap B. Musram yang mewakil zon Klias dan tempat Ketiga Ali Khairudin Hj. Maarif mewakili Zon Limbawang

Johan Qariah pula dimenangi oleh Puan Jalimah Muamat mewakili zon Klias Naib Johan dan tempat ketiga pula masing-masing idsandang oleh Hajah Jubaidah Hj. Moksin mewakil zon Pekan dan Puan Sinam Hj. Sarin mewakili zon Limbawang

No comments:

Post a Comment