Saturday, March 6, 2010
PROSES PEMULIHAN UMNO BERJALAN POSITIF
MESRA...Lajim bersalaman dengan ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort sejurus tiba untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut
BEAUFORT: UMNO telah berjaya melakukan pemulihan parti dimana semuanya berjalan dengan lancar dan ianya menjadi pentanda positif parti mendapatkan keyakinan rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata,perkembangan ini menunjukkan parti kini sudah kembali ke landasan yang benar dan diyakini mampu menguatkan kembali parti melalui pelbagai pendekatan dan makanisme yang dilakukan oleh parti dan pemimpin termasuklah penganjuran program Umno Juara Rakyat.
" Parti melihat perkembangan positif ini berlaku terutamanya di Semenanjung Malaysia,dan sebagai pemimpin dan anggota parti kita perlu mengekalkan momentum sokongan ini berterusan sehingga pilihraya umum akan datang" katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Umno bahagian Beaufort di sini petang kemarin.
Hadir sama Timbalannya Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua bahagian Datuk Kimjus Duim,Ketua Pergerakan Wanita Datuk Hajah Azizah Datuk Mohd.Dun Ketua Pemuda Mohd.Ishak Haji Ibrahim dan Ketua Puteri Saridah Datuk Moh.Dun
Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengharapkan semua pemimpin parti disemua peringkat tidak seharusnya berpuas hati melihat perkembangan ini , sebaliknya terus berusaha mendekati dan menyelasaikan masalah rakyat di peringkat akar umbi.
" Bertetapan dengan program Umno Juara Rakyat yang dilaksanakan di seluruh bahagaian ketika ini kita akan gunakan sepenuhnya program ini untuk melipatgandakan usaha untuk mendekati rakyat " katanya.
Dalam perkembangan yang sama Lajim juga berharap agar pelbagai pihak termasuk badan sukarela ,NGO, serta persatuan persatuan belia perlu dilibatkansama dalam penganjuran program Umno Juara Rakyat agar ianya dapat memberikan impak yang besar terutamanya penyertaan golongan belia dalam setiap program yang dianjurkan.
Ketika diminta mengulas isu Belia Sabah terkandas tanpa perkerjaan di Kuala Lumpur , beliau berkata laporan sebelum ini tidaklah seserius mana yang dilaporkan oleh media, malah katanya Pergerakan Pemuda Umno Sabah telah pun mengambil tindakan susulan untuk menangani isu tersebut.
Beliau menambah isu ini tidak akan timbul sekiranya belia Sabah tidak terlalu memilih pekerjaan dimana menurut beliau peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor di Sabah seperti pertanian,perladangan,pembuatan dan pembinaan cukup terbuka luas bagi golongan ini.
" Jika kita terlalu memilih bidang pekerjaan sudah tentu kita akan berhadapan dengan masalah ini, sebaliknya jika kita serius melakukan sesuatu usaha peluang pekerjaan bagi memperolehi pendapatandi negeri ini juga boleh diperolehi" katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment