Tuesday, March 9, 2010

MENYELAMI MASALAH DALAM PROGRAM JUARA RAKYAT







Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin (Tengah Membelakang) ketika mempengerusikan sesi dialog pada Program Juara Rakyat di Kampung Jagus Menumbok

Pendekatan yang dilakukan oleh Umno bahagian Beaufort melaksanakan Program Umno Juara Rakyat dengan membawa Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri turun padang bersama rakyat di Kampung Jagus Menumbok pada ahad lepas perlu dilihat sebagai pendekatan positif yang memberikan ruang secara langsung kepada rakyat berinteraksi bersama pemimpin dan juga pegawai-pegawai kerajaan.

Walaupun beberapa isu yang diutarakan oleh penduduk kampung kepada pemimpin dan jabatan jabatan kerajaan yang terlibat dalam sesi dialog ini tidak dapat diselasaikan serta merta namun sebahagiannya dapat diberikan perhatian dan tindakan yang sewajarnya.

Kebijaksanaan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang hadir bukan sahaja merasmikan majlis tersebut namun mengemudikan sesi majlis dialog yang ternyata mendapat sambutan yang positif dari kalangan penduduk setempat.

“ Semasa sesi dialog ini kita mendengar isu yang dibangkitkan walaupun semua dapat kita selasaikan serta merta, namun kita dapat menyelami masalah dan pandangan mereka terutamanya yang menyentuh aspek pembangunan dan sistem penyampaian jabatan kerajaan yang terlibat untuk diambil perhatian dan tindakan dalam memenui aspirasi mereka (rakyat) ” kata Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan semasa ditemui selepas majlis ini berakhir.

Menurutnya ada isu yang diutarakan boleh diselasaikan serta merta tanpa memerlukan peruntukan yang besar dari kerajaan sementara selebihnya permasalahan yang tidak dapat diselesaikan segera akan diatasi secara berperingkat-peringkat

“ Contohnya masalah kerosakkan jambatan, jalanraya pendawaian rumah balairaya, ianya merupakan kes kes kecil yang boleh diselasaikan segara samaada melalui peruntukan Parlimen mahupun Adun” katanya

Sambil mengakui program ini berjaya dan membawa manafaat kepada rakyat Lajim berkata kerjasama serta sokongan Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi kerajaan khususnya di kawasan ini perlu dipuji dan dihargai kerana komitmen serta kesunggupan mereka turun padang bersama pemimpin setempat untuk menjayakan majlis tersebut walaupun dibuat pada hujung minggu

“ Kita amalkan konsep dengar,pandang dan ambil tindakan sewajarnya bagi menangani permasalahan yang mereka hadapi kerana sebagai parti yang menjadi tunjang kepada kerajaan BN, prinsip kita ialah Kerajaan Perlu menjadi Juara kepada rakyat” tegas Lajim

Antara isu yang disentuh semasa sesi dialog ini termasuklah soal penyediaan insfrastruktur bekalan air dan jalanraya ,bantuan kebajikan ,projek PPRT merupakan isu utama yang rata-ratanya mengharapkan kerajaan dapat mengambil perhatian sewajarnya bagi memenuhi keperluan demi kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno menasihati Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan agar meluangkan masa menyertai Program Juara Rakyat yang diadakan di kampung-kampung lain pada masa akan datang

Katanya,Langkah itu penting untuk membolehkan mereka menjawab permasalahan rakyat secara terus agar rakyat berpuas hati sekaligus mengurangkan tekanan yang mereka hadapi.

No comments:

Post a Comment