Tuesday, March 2, 2010

JADIKAN PROGRAM UMNO JUARA RAKYAT SEBAGAI ILTIZAM UNTUK BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT





KELILING KAMPUNG….Lajim bersama pemimpin Umno bahagian Segambut menaiki motosikal bagi meninjau dan mengagih-agihkan sumbangan di kampong Sungai Pencahala sempana program tersebut
KUALA LUMPUR: Pemimpin parti di semua peringkat perlu menjadi program Umno Juara Rakyat sebagai wadah bagi memperkuatkan iltizam bagi melaksanakan tugas serta tanggungjawab kepada rakyat di peringkat akar umbi

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, Umno Juara Rakyat bukanlah sesuatu program baru dilaksanakan oleh parti itu dimana sebelum ini ianya telahpun dijalankan namun kali ini ianya dilaksanakan dalam satu makanisme baru melalui pendekatan yang lebih mesra kepada rakyat dan dapat mencapai matalamatnya seiring dengan agihan program yang dilaksanakan setiap bulan

“ Ianya bukan sesuatu yang baru, pemimpin dan parti telahpun menjuarai kehidupan rakyat sebelum ini, kini ianya diperhebatkan bagi memastikan kebajikan penduduk setempat terus terbela” katanya ketika berucap melancarkan Program Umno Juara Rakyat Umno bahagian Segambut di Medan Letak Kereta, Masjid Abdul Aziz, Sungai Penchala, Kuala Lumpur dekat sini baru baru ini

Hadir sama Ketua Umno Bahagian Segambut Senator Datuk Kamaruddin Ambok,Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Segambut Mahadhir Bin Sulaiman serta pemimpin pemimpin Umno bahagian Segambut

Menurut Lajim yang juga Timbalalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Program Umno Juara Rakyat ini amat bertepatan dengan komitmen kerajaan untuk melihat nasib rakyat tanpa mengira kaum, terjamin dari semua aspek kehidupan.

Katanya, pelaksanaan program Juara Rakyat membuktikan hasrat serta komitmen Barisan Nasional (BN) dalam membela nasib rakyat.

Selain itu, katanya, pelbagai peringkat masyarakat harus memanfaatkan penganjuran program Juara Rakyat kerana melaluinya masalah dikemukakan cuba diselesaikan dengan berkesan.

''Melalui program itu, pemimpin dapat berjumpa dan bermesra dengan rakyat bagi membolehkan mereka menilai perasaan rakyat serta apa yang mereka mahukan dari kerajaan," katanya.

Pada program tersebut, seramai 30 masyarakat pelbagaim kaum menerima sumbangan berbentuk makanan. Sumbangan berkenaan adalah sumbangan daripada Skim Bantuan Mayang, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kemas Wilayah Persekutuan dan UMNO Bahagian Segambut

No comments:

Post a Comment