Friday, March 19, 2010

Umat Islam perlu pantas kuasai ilmu era globalisasi






PERARAKAN...Lajim mengetuai lebih dari seribu orang umat Islam berarak dari padang pekan Beaufort menuju ke Dewan masyarakat Pa Musa Beaufort sempana sambutan tersebut

BEAUFORT : Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin menggesa umat Islam supaya bergerak pantas merebut peluang menguasai ilmu bagi menghadapi cabaran global yang semakin sengit.

Beliau berkata, umat Islam perlu pantas merebut peluang menguasai ilmu dalam era globalisasi yang bercambah dan berkembang dengan amat pantas sekali.

`Sekiranya, umat Islam tidak turut bergerak pantas merebut peluang yang ada bagi menguasai pelbagai ilmu yang tersedia, kita tidak akan mampu mendepani cabaran dunia semasa yang lebih perit dan getir,'' katanya ketika berucap merasmikan sambutan maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Beaufort di Dewan Masyarakat Pa Musa di sini pagi kemarin

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, cabaran yang menanti umat Islam hari ini bukan sahaja menuntut mereka menyediakan diri agar siap sedia dalam persaingan sesama manusia sejagat tetapi juga untuk memperbetulkan sebarang salah tanggapan yang sering dilontarkan kepada agama Islam

Beliau juga berkata, umat Islam di Malaysia harus berbangga menjadi rakyat negara ini dan mengecapi nikmat hidup dalam aman dan damai secara berkekalan, serta kestabilan dan pertumbuhan ekonomi yang memberansangkan.

Menurut Lajim lagi , rakyat di negara ini mengecapi terlalu banyak nikmat, namun segala nikmat itu hanya akan dapat dilihat dan dirasai sekiranya mereka mengoptimumkan kemampuan akal.

.Beliau berkata, hanya insan yang berilmu serta tahu untuk menggunakan ilmunya di jalan yang benar, akan sentiasa bijak menggunakan dan memanfaatkan nikmat yang ada bukan sahaja untuk kepentingan diri tetapi juga untuk insan-insan di sekelilingnya

``Justeru, umat Islam hari ini tidak boleh alpa dengan segala kesenangan dan keselesaan yang ada, sebaliknya harus sentiasa gigih dan tekun berusaha mengangkat martabat diri sejajar dengan ajaran dan tuntutan agama Islam “ katanya

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort mahu umat Islam mencontohi serta mengambil teladan empat sifat Nabi Muhammad SAW iaitu sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana) kerana ia merupakan ciri-ciri penting untuk mencapai kecemerlangan.

Katanya empat sifat itu hendaklah dijadikan inspirasi dan diadaptasi bagi memacu meningkatkan ummah yang progresif.

Terdahulu Lajim mengetuai perarakan Maulidur Rasul peringkat daerah Beaufort lebih 1,000 umat Islam bermula dari Perkarangan Masjid Daerah ke Dewan Masyarakat Pa Musa Beaufort

Sementara itu Penyelia Sekolah Agama (Jheins) bahagian Beaufort Haji Jusih Haji Sarin diumumkan sebagai penerima anugreh khas Maulidur Rasul Peringkat Daerah Beaufort semantara dalam acara perarakan Kontenjen Jabatan Kerajaan menangani oleh Kontenjen Mahkamah Anak Negeri dan kontenjen Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Beaufort muncul sebagai johan bagi kontenjan bahagian awam.

No comments:

Post a Comment