Tuesday, March 9, 2010
MASYARAKAT DIMINTA MANFAATKAN PROGRAM JUARA RAKYAT
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin diiringi oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Isnin Haji Aliasnih,Ketua Penerangan Umno Bahagian Haji Samin Haji Ongki dan Guru Besar Sk Sangkabok ketika melihat masalah jalanraya ke sekolah berkenaan untuk diperbiki selepas menghadiri program Juara Rakyat di kampung Jagus Menumbok
MENUMBOK: Orang ramai terutama masyarakat kampung disaran memanfaatkan sepenuhnya Program Juara Rakyat untuk menyalurkan pandangan dan permasalahan kepada wakil rakyat dan jabatan serta agensi kerajaan berkaitan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, melalui program itu, para pemimpin akan bersemuka dengan rakyat untuk mendengar sendiri permasalahan mereka.
Katanya, setiap permasalahan dan pandangan rakyat akan diberi perhatian sewajarnya dimana masalah yang boleh diselasaikan serta merta akan diselasaikan mengikut keaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengatasi sebarang masalah terutamanya yang melibatkan penambahbaikan projek pembangunan termasuk sistem penyampaian jabatan dan agensi kerajaan khususnya di kawasan itu
Beliau berucap demikian dalam Program Juara Rakyat dan Dialog Jabatan serta Agensi Kerajaan bersama rakyat di perkarangan surau Kampung Jagus, Menumbok.
Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,Penolong Pegawai Daerah Kuala Penyu Abd.Rahim Yakub,Penolong Pegawai Daerah kecil Menumbok Awang Damit Abd.Razak serta ketua ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan
“Permasalahan yang tidak dapat diselesaikan segera akan diatasi secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan dan keutamaan dimana menjadi dasar kerajaan BN sentiasa mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat” Kata Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort.
Sehubungan itu, Lajim menasihati Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan agar meluangkan masa menyertai Program Juara Rakyat yang diadakan di kampung-kampung pada masa akan datang.
Katanya, langkah itu penting untuk membolehkan mereka menjawab permasalahan rakyat secara terus agar rakyat berpuas hati sekaligus mengurangkan tekanan yang mereka hadapi.
Antara permasalahan yang dibangkitkan oleh penduduk sekitar termasuk kekurangan bekalan air bersih, elektrik, jalan raya, bantuan kebajikan dan kesukaran penduduk berurusan dengan Pihak Bank kerana tiada kemudahan tersebut di Pekan Kuala Penyu dan Menumbok.
“ Kita melihat masalah ini, dan kita yakin akan dapat diselasaikan secara beperingkat-peringkat dimana masalah yang dibangkitkan sememangnya telahpun disediakan tugas kita hanya melakukan penambahbaikan kepada kemudahan asas yang sediaada ini” tambah Lajim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mp,addressing the rakyat issues in stages is one thing. but as rakyat we would like to see those actionplans and timeframes..tell the rakyat bila those issues will be solved..rakyat sudah muak dan bosan with all the alasans..what we want is solution to each of it. WHEN?..
ReplyDeleteyang pasti selesaikan dahulu masalah asas penduduk kuala penyu - ada paip tiada air. no point launching hundreds program of Juara Rakyat..if this masalah pokok lagi LAPUK unsolved for decades now..surely rakyat will JUARAkan pemimpin coming next election..
ReplyDelete