Saturday, April 3, 2010

NAJIB BUKTIKAN KEMAMPAUN SETELAH SETAHUN MENJADI PERDANA MENTERI


Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin.....Rakyat yakin dengan kepimpinan Najib bagi membawa negara ke era yang lebih cemerlang


KOTA KINABALU Kepimpinan yang ditunjukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh setahun memimpin negara ini sudah mula memberikan impak yang cukup besar kepada rakyat dan negara

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin (gambar) berkata, tempoh setahun itu membuktikan kepimpinan beliau ( Najib) telah menunjukkan keupayaannya sebagai Perdana Menteri kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini melalui konsep 1 Malaysia

Walaupun bagaimana pun menurut Lajim, masih ada banyak lagi tugas yang perlu dilakukan Najib untuk menjayakan matlamat pentadbirannya.

Katanya bidang keberhasilan utama (NKRA) yang diperkenalkan dibawah kepimpinan Najib membuktikan kesungguhan beliau agar anggota perkhidmatan awam termasuk pemimpin memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab membangunkan negara selaras dengan matlamat Rakyat didahulukan sementara pencapaian diutamakan

“Sebaik sahaja beliau di lantik menjadi Perdana Menteri beliau memperkenalkan beberapa inisiatif yang dilihat sebagai “terlalu banyak dalam tempoh yang agak singkat.” katanya

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kepimpinan Najib sepanjang tempoh setahun menerajui negara ini selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi kemarin.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort dalam tempoh setahun ini, Najib berjaya menjadikan rakyat berasa “selamat” dan suasana ekonomi negara menjadi lebih stabil

'' Impaknya sudah mula terasa, lebih-lebih lagi sebagai pemimpin parti dalam Barisan Nasional (BN usaha untuk bawa perubahan sudah dapat dirasai dan kita (rakyat) yakin situasi akan bergerak jauh dan lebih baik dengan keadaan politik dan ekonomi yang lebih stabil,” katanya

Ketika diminta mengulas isu pembangunan yang dikecapi oleh rakyat Sabah dibawah kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri Lajim yang juga Ahli majlis Tertinggi Umno berkata, kerajaan BN yang dipimpin oleh Najib turut merasai denyut nadi hati rakyat di negeri ini terhadap keperluan dari pelbagai aspek pembangunan.

“ Rakyat melihat kerajaan Persekutuan telah menyediakan sejumlah peruntukan yang agak tinggi bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan di negeri ini termasuk rakyat yang membuktikan kerajaan persekutuan amat peka dan prihatinan dengan keperluan pembangunan yang diharap-harapkan oleh rakyat di kedua-dua buah negeri ini” tambah Lajim

Sehubungan dengan itu Lajim berharap dalam setuasi kepimpinan Najib yang dapat disaksikan oleh rakyat di Negara ini khususnya di negeri ini, rakyat perlu terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan dibawah kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri ,agar pembangunan untuk kesejahteraan rakyat akan dapat terus dijana dan dilaksanakan demi masa depan Negara dan rakyat yang lebih gemilang dan cemerlang.

1 comment:

  1. The GTF roadmap with NKRA and MKPI methodologies have been drawn, NOW the rakyat want is to SEE, FEEL and EXPERIENCE the implementation of the programmes.Let's see if 'bikin' meets 'cakap'.

    ReplyDelete