Tuesday, April 13, 2010

PENGUNDI MUDA AKAN SOKONG CALON BN DI HULU SELANGOR JAMAWI


PEMUDA PRIHATIN..Kelihatan Jamawi memerhatikan Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin beramah mesra dengan salah seorang penduduk di Serendah semasa program tersebut

HULU SELANGOR: Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar yakin pengundi muda di kawasan ini akan memberikan sokongan padu kepada calon Barisan Nasional pada piliharaya kecil P094 Parlimen Hulu Selangor 25 April ini

Katanya, kesepekatan Pemuda Barisan Nasional (BN) menjelangnya pilihan raya kecil P094, Parlimen Hulu Selangor 25 April ini mula terserlah apabila seluruh Pemuda parti komponen turun padang di dalam program Pemuda Prihatin yang dianjurkan oleh pergerakan itu

Menurut beliau program tersebut yang merupakan program tradisi pergerakan itu menemui penduduk khususnya mereka yang memerlukan pembelaan di Serendah dan beberapa kawasan lain.

“Rata-rata mereka( rakyat) termasuk golongan muda meluahkan rasa kekecewaan terhadap nasib mereka yang tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri yang diterajui pakatan pembangkang” katanya semasa ditemui selepas mengiringi Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin dalam Program Turun Padang Pemuda Prihatin di Daerah Mengundi Serendah dekat sini pagi kemarin

Turut hadir, Setiausaha Pemuda BN, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid, Setiausaha Pemuda MCA Hulu Selangor, Roger Yap, Ketua Pemuda Gerakan Hulu Selangor, Ben Liew, Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor, V. Mugilan

Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom menambah.maklum balas yang diterima dari pengundi muda di kawasan ini menunjukkan maklum balas yang positif dimana mereka mahukan perubahaan agar pembangunan dapat terus dijana di kawasan tersebut dalam menyediakan pelbagai peluang untuk dinikmati oleh rakyat khususnya golongan muda

” Saya berkeyakinan dari komitmen yang ditunjukkan oleh Pemuda BN amat membanggakan dan bagi jentera pemuda, kita perlu melipatgandakan lagi usaha untuk mengenalpasti golongan muda agar mengundi calon BN” tambah Jamawi

Menurut Jamawi siapa pun calon nanti, itulah calon BN dan jentera pemuda akan berusaha untuk memastikan perubahan akan berlaku di Hulu Selangor

Dalam perkembangan berkaitan Jamawi juga berharap pemuda BN sentiasa menjaga imej yang baik semasa berkempen semasa pilihanraya kecil kali ini dengan menjauhkan perkara perkara yang boleh menimbulkan pelbagai masalah

“ Kita berharap jentera pemuda akan dapat bergerak dalam satu pasukan bagi menentukan kemenangan calon BN dan mengelakkan perkara perkara atau provokasi yang boleh menjejaskan keadaan “ katanya

No comments:

Post a Comment