Wednesday, April 28, 2010
PELBAGAIKAN FUNGSI MASJID
RESMI…Kelihatan Lajim diringi oleh John ,Abdul Rahim dan Yusuf memotong riben pada plug sebagai simbol perasmian masjid tersebut
KUALA PENYU : Masjid bukan setakat menjadi pusat ibadah secara ritual semata-mata. sebaliknya institusi masjid terbukti sebagai pusat penyatuan dan penggemblengan kekuatan umat yang paling ampuh.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, peranan institusi masjid ini perlu digerakkan sepenuhnya oleh umat Islam setempat bukan sahaja sebagai rumah ibadah namun fungsinya boleh dipelbagaikan sebagai institusi keilmuan yang boleh dimanafaatkan oleh umat Islam setempat.
“Pendekatan baru memperkasakan aktiviti masjid mesti dimulakan dalam bentuk tindakan dan bukannya teori lagi. Fokus kepada usaha menjadikan masjid sebagai paksi aktiviti ummah sama ada di bandar atau di kampung hendaklah dijadikan agenda utama khususnya jawatankuasa masjid yang dipertanggungjawabkan mentadbir setiap masjid yang ada di negeri ini” katanya ketika berucap merasmikan masjid Nur Ehsan di kampong Temporong dekat sini pagi kemarin.
Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing, Naib Ketua Umno Bahagian Datuk Kimjus Duim ,Penolong Pegawai Daerah Kuala Penyu Abdul Rahim Yakub ,Ketua Pergerakan Pemuda Umno Beaufort Mohd.ishak Ibrahim,Ketua Pegerakkan Puteri saridah Datuk Mohd Dun dan Pengerusi Penganjur Yusuf Hanifah.
Masjid yang dibina pada awal tahun ini merupakan antara projek kerajaan Barisan Nasional dibina dengan anggaran kos sebanyak RM 350 ribu dan boleh menampung jemaah sekitar 100 orang.
Menurut Lajim yang juga Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) adalah amat penting aktiviti semasa dan amat popular di kalangan masyarakat pelbagai peringkat pada hari ini dibawa ke masjid bagi menarik generasi muda dan mempertahankan hubungan komuniti setempat.
“ Pembabitan golongan remaja seharusnya diberi perhatian khusus sebagai pelapis generasi Islam yang mempunyai tanggungjawab jelas. mereka ini akan mewarisi budaya hidup Islam. Program-program sesuai seperti sukan, sukaneka, pelajaran seni mempertahankan diri dan senaman dapat menjayakan objektif pembangunan jasmani ummah.” Katanya
Dalam perkembangan berkaitan Lajim yang juga Ahli majlis Tertinggi Umno menyeyalar sikap beberapa pihak yang menyaklahgunakan institususi masjid sebagai gelanggang berploitik sebagaimana apa senario yang berlaku hari ini di beberapa buah negeri dimana masjid dijadikan sebagai gelanggang kempen parti-parti politik berkepentingan. Dimana ianya djiadikan medan sebagai tempat adu domba, maki hamun, kata-mengata dan fitnah-memfitnah bagaikan menjadi fenomena lumrah di masjid-masjid terutamanya pada musim pilihan raya
“ Kita amat bersyukur kerana fenomena ini tidak berlaku di Sabah melainkan ianya berlaku di negeri negeri yang dikuasai oleh parti pembangkang, justeru itu marilah kita sama sama mempertahkan kemurnian dan kesucian institusi masjid dari dicemari oleh eleman eleman seperti ini”tambah Lajim Oleh: jaafar Abdul Wahid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment