Sunday, March 14, 2010

JANGAN SEWAKAN LESEN PERNIAGAAN KEPADA PENIAGA ASING





Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersalaman dengan ahli-ahli persatuan sejurus tiba untuk merasmikan mesyuarat agung tersebut

KOTA KINABALU: Para peniaga tempatan di negeri ini diingatkan supaya tidak memindah milik atau menyewakan lesen pernigaan gerai mereka kepada warga asing untuk mendapatkan keuntungan mudah.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin berkata, ini kerana kerajaan membantu mereka (peniaga tempatan) untuk mengeluarkan lesen bagi membolehkan rakyat tempatan berdikari dengan menjalankan perniagaan untuk bagi menyerah kehidupan keluarga.

“Kalau mereka (warga asing) bekerja di gerai kita, tidak apa, tetapi jangan sekali-kali lesen pernigaan yang diberikan oleh kerajaan kepada kita dipindah milik kepada rakyat asing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap meramsikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Penjaja Bumiputera Pantai Barat, di Kompleks Tabung Haji di sini, kelmarin.

Katanya, beliau tidak mahu melihat seperti apa yang ber- laku di pasar Chow Kit dan Jalan Masjid India dimana lesen gerai-gerai berkenaan adalah milik peniaga Melayu, tetapi disewa kepada orang asing.

Tegasnya, permit akan dibatalkan sekiranya warganegara Malaysia memindah milik permit perniagaan mereka kepada warga asing atau tidak menjalankan perniagaan yang diluluskan kepada mereka.

Katanya, sebanyak 1,488 lesen dan permit perniagaan kecil telah dikeluarkan oleh 22 buah Pihak Berkausa Tempatan (PBT) di negeri ini bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember tahun lalu.

“Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan jelas membuktikan perannnya membantu usahawan dan penjaja di negara ini, melalui Jabatan Kerajaan Tempatan yang bertanggungjawab terhadap PBT pelbagai program telah diusahakan,”katanya.

Antaranya, program latihan keusahawan perniagaan oleh PBT melalaui dana kewangan yang disalurkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan, menyediakan peruntukan khas tahunan ahli Parlimen RM30 untuk mengadakan program yang sesuai di kawasan Parlimen termasuk kempen dan program lain.

Beliau juga meminta para peniaga Bumiputera supaya mencontohi cara-cara rakan mereka di kalangan bukan Bumiputera khususnya masyara- kat Cina yang komited dalam menjalankan perniagaan, wa- laupun tanpa mendapat bantuan modal daripada pihak kerajaan dan bergantung kepada pinjaman dari bank-bank dengan feadah yang agak tinggi..

Lajim berkata, kerajaan sentiasa bekerja keras dan ko- mited dalam usaha untuk membangunkan usahawan khususnya Bumiputera supaya lebih dinamik dan berdaya saing.

“Untuk berjaya, para usahawan dan oenjaja perlulah mengubah sikap ke arah yang lebih positif dan dinamik serta berminat untuk menambah ilmu dalam pelbagai aspek pengurusan perniagaan,”kataya.

Dalam pada itu, Lajim juga menyokong cadangan Persatuan Penjaja Pantai Barat supaya diwujudkan bangunan yang men- yediakan ruang niaga untuk me- nempatkan para peniaga khususnya para peniaga Bumiputera menjalankan perniagan mereka.

Sehubungan itu beliau berharap, pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengambil perhatian terhadap perkara itu dan beliau (Lajim) sendiri akan menulis surat kepada kerajaan negeri mengenai cadangan itu.

Hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Pengarah Korparat DBKK, Bahari Hasan dan Presiden Persatuan Penjaja- Penjara Pantai Barat Sabah, Lipah Haji Mad.

1 comment:

  1. An open secret..penyakit kanser lama si Ali yg mengBabakan kontrak yg diberi kerajaan - simptom malas dan ingin untung cepat tanpa perah keringat..(walhal untungnya cuma 5% dr harga kontrak). Akibatnya jari dituding ke pihak lain pabila sasaran 30% milikan kek ekonomi bmptera gagal..seharusnya disenaraihitamkan si pengkhianat negara ini..

    ReplyDelete