Thursday, May 28, 2009

Anjurkan lebih banyak program dekati rakyat











































TURUN PADANG...Lajim bersalaman dengan penduduk kampung yang hadir ke majlis dialog bersama rakyat di kampung Menunggang baru baru
KUALA PENYU: Jabatan dan agensi kerajaan disaran supaya menganjurkan lebih banyak program mendekati rakyat untuk mengenal pasti masalah yang mereka hadapi

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia Datuk Seri Panglima Haji Lajim haji Ukin berkata, program seperti ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan antara pemimpin dan pegawai pegawai kerajaan namun ianya menjadi wadah untuk mendekati rakyat di peringkat akar umbi bagi menjelaskan dasar dan program yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan

"Sebagai pelanggan kepada sesebuah jabatan kerajaan, rakyat mengharapkan satu sistem penyampaian yang berkesan bagi memudahkan penduduk mendapat maklumat sebenar," katanya ketika berucap di majlis Dialog Bersama Rakyat di Kampung Menunggang dekat sini baru baru ini,

Hadir sama Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo, Naib Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Kimjus Duim serta pegawai pegawai kerajaan dari daerah Kuala Penyu

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, program seperti itu dapat merapatkan hubungan yang baik di antara kedua-dua belah pihak sekali gus memudahkan segala program yang rancang bagi faedah bersama selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Abd.Razak “Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”

"Usaha memperbaiki dan mempertingkatkan sistem penyampaian kerajaan perlu dilakukan bukan sahaja melalui piagam pelanggan yang dipaparkan di pejabat-pejabat sahaja.

"Namun juga boleh dilakukan di luar pejabat dengan mengadakan program bersama rakyat di kawasan luar bandar khususnya, bagi memberikan peluang kepada rakyat memahami fungsi dan peranan jabatan serta agensi kerajaan yang terbabit " katanya.

Tambah Lajim pihaknya khususnya Pusat Khidmat Parlimen Beaufort mengalu-alukan program yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Menunggang kerana tidak melupakan tanggungjawab sosialnya kepada golongan masyarakat di kampong tersebut

" Justeru katanya, pendekatan seperti ini juga dapat membantu mengatasi masalah miskin dan miskin tegar yang sedang dijalankan oleh kerajaan menjelang tahun 2010.

Katanya, masalah miskin dan miskin tegar merupakan tanggungjawab semua pihak mengikut peranan dan fungsi masing-masing seperti bidang ekonomi, pendidikan, kemahiran, kesihatan dan sebagainya. Oleh: Jaafar Abdul Wahid

1 comment:

  1. Salam, siapa bilang Bisaya nda maju, cuba tgok ini, Bisaya Boleh!
    http://ustazsaid.blogspot.com/2009/07/imam-sabah-sertai-dap.html

    ReplyDelete