Tuesday, June 2, 2009

Rakyat Malaysia punyai ikatan kuat hasil Perlembagaan Persekutuan


















Yang Di-Pertua Negeri Sabah
Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Abdullah



KOTA KINABALU 2 Jun — Perlembagaan Persekutuan merupakan tonggak kekuatan negara yang berjaya meletakkan Malaysia sebagai negara maju dan rakyatnya hidup harmoni, kata Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah.

Katanya sejak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957 sehingga pembentukan Malaysia pada 1963, negara melalui banyak cabaran dalam membina sebuah negara yang makmur dan rakyat bersatu padu.

“Ketika ada negara yang lebih awal merdeka daripada negara ini, sedang bergelut menyelesaikan konflik di kalangan rakyat dan menghadapi krisis ekonomi global, negara kita masih mampu mengekalkan keharmonian rakyat dan memaju pembangunan ekonomi seperti yang dirancang.

“Sama ada disedari atau tidak, kita mempunyai ikatan yang kuat sebagai manifestasi daripada roh dan semangat perlembagaan negara kita,” katanya semasa merasmikan Seminar Khas Perlembagaan Persekutuan di sini, hari ini. -

No comments:

Post a Comment