Saturday, June 20, 2009

SUKAN BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI WADAH JANA GAGASAN 1 MALAYSIA LAJIM





SERAH SUMBANGAN..Kelihatan Lajim menyerahkan sumbangan dari CELCOM antara penaja yang turut menaja kejohanan tersebut kepada wakil salah sebuah pasukan yang menyertai kejohanan tersebut


MENUMBOK
: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata penekanan terhadap sukan di kalangan para belia di negara ini boleh menjayakan konsep 1 Malaysia.

Beliau berkata sukan merentasi semua sempadan, di mana kejayaan yang diburu itu bukanlah kejayaan peribadi tetapi kejayaan untuk pasukan yang diwakili oleh anggotanya yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan bangsa.

"Selain itu sukan juga menjadi platform yang berkuasa untuk meninggikan semangat kerjasama untuk mencapai satu kejayaan secara berpasukan dan sukan menjadi alat penting dalam pembentukan perpaduan rakyat lebih-lebih lagi dalam konteks negara kita Malaysia," katanya Ketika berucap merasmikan kejohanan bola sepak fustal anjuran Belia Menumbok di padang Pekan Menumbok pagi kemarin.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort semua pihak khususnya badan badan suka di negeri ini perlu mengemblengkan usaha menganjurkan program program sukan agar rakyat khususnya kaum belia yang berbilang bangsa, kaum, agama dan budaya di negara ini dapat disatukan demi memperkukuhkan konsep 1 Malaysia.

"Jadikannya aktiviti sukan sebagai eleman membena Negara yang makmur, selamat dan sejahtera di mana rakyatnya yang bersatu padu hidup dalam keadaan aman dan sentosa sepanjang masa," ujar Lajim lagi
Dalam perkembangan berkaitan Ahli Majlis Tertinggi Umno ini juga berkata, kerajaan akan terus menyokong usaha untuk memperkasakan lagi aktiviti sukan di Negara ini dengan memberikan tumpuan terhadap program program pembangunan sukan termasuklah menyediakan kemudahan sukan dan riadah yang lebih baik dan sempurna

“ Di kawasan Parlimen Beaufort sahaja kerajaan telah meluluskan pembinaan empat gelanggang fustal antara di Menumbok,Berangkok Pekan Kuala Penyu dan sebuah lagi di kawasan Klias yang akan dilaksanakan dalam tempoh yang terdekat ini” katanya



Dimajlis itu juga Lajim turut meluluskan peruntukan sejumlah RM20,000.00 kepada persatuan Belia Menumbo di bawah peruntukan Parlimen bagi persatuan tersebut melaksanakan aktivitinya sepanjang tahun.



Hadir sama Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Pemuda Umno bahagian Beaufort Azman Lajim dan Pegawai kerja Majlis Daerah Kuala Penyu Haji Mohd. Fazlee Abdullah OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID

No comments:

Post a Comment