Saturday, June 20, 2009

KOMUNITI BESTARI BERPERANAN SEBAGAI SUMBER RUJUKAN





BEAUFORT: Program Komuniti Bestari penting dalam menyampai, menyebar dan mendidik masyarakat mengenai dasar, program dan wawasan negara khususnya di kawasan luar bandar.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata program tersebut dapat mewujudkan kelompok masyarakat bermaklumat serta mampu berfikir secara kritis dalam membangunkan negara.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya sewaktu merasmikan Majlis Penutupan Info Bestari Komuniti Bestari Kg.Klias Kecil di Beaufort malam kemarin
Hadir sama Pegawai Penerangan Daerah Melina Jamain,Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih dan Pengerusi K.Bestari Kampung Klias Kecil Aliahmad Zam-Zam
Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort rakyat khususnya diluar Bandar perlu memanafaatkan komnuniti Bestari sebagai sumber rujukan bagi mendapatkan maklumat yang tepat berhubung dengan dasar dan program kerajaan khususnya peluang bagi meningkatkan pencapaian ekonomi agar seiring dengan arus pembangunan negara.
“Komuniti Bestari yang diwujudkan dan diselia Jabatan Penerangan itu juga berperanan menyalurkan maklumat serta maklum balas kepada kerajaan berkenaan dengan sesuatu dasar atau program pembangunan kerajaan” katanya
Dalam perkembangan yang sama Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno meminta rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan provakasi serta hasutan parti pembangkang yang cuba mengeplotasikan beberapa isu yang bertujuan untuk mengelirukan pemikiran rakyat agar menyokong perjuangan mereka.
Sebaliknya beliau mahu Komuniti Bestari dijadikan sumber rujukan untuk memperolehi maklumat yang tepat dan terkini dan dalam masa yang sama Info Bestari disetiap komuniti pula perlu aktif menyediakan pelbagai bahan maklumat yang terkini kepada rakyat di kawasan masing-masing
Dalam perkembangan sama, Lajim juga berharap program seperti itu mampu menjalin persefakatan dan kerjasama serta hubungan baik semua lapisan masyarakat di kampung itu, selaras dengan Gagasan 1 Malaysia yang menititibaratkan agar rakyat terus bersatu padu membena kekuatan Negara untuk terus maju dan membangun khususnya dalam menjayakan Wawasan 2020.
Pada majlis itu, Lajim turut menyampaikan sumbangan set komputer kepada Komuniti Bestari Kg.Klias Kecil serta sumbangan kepada golongan warga tua sempena sambutan Hari Bapa.OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID

No comments:

Post a Comment