Thursday, June 4, 2009

KERAJAAN PERSEKUTUAN BELANJAKAN LEBIH DARI 400 JUTA UNTUK PROJEK PERUMAHAN DI SABAH LAJIM






BERI PENJELASAN…Lajim ketika memberikan penjelasan mengenai projek projek pembangunan yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Sabah kepada Ahmad Shah semasa kunjungan tersebut
KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan turut membelanjakan lebih dari RM 400 juta dalam Racangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) bagi membangunkan projek perumahan untuk keselesaan rakyat di negeri ini.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, pembangunan perumahan itu dilaksanakan melalui projek Program Perumahan Rakyat (PPR), Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) dan Rumah Mesra Rakyat yang dilaksanakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN)
Menurutnya, peruntukan yang besar seumpama itu membuktikan bahawa kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) mengambil berat mengenai pembangunan di Sabah
''Bukan hanya kerajaan negeri prihatin dengan masalah rakyat malah Kerajaan Persekutuan turut mengambil berat dengan memberi sejumlah peruntukan yang besar untuk pembangunan di negeri ini.”
''Projek perumahan seumpama itu memberi banyak manfaat kepada penduduk Sabah khususnya mereka yang berpendapatan rendah," katanya
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Shah Abdullah di Istana Negeri pagi kemarin
Mengiringi kunjungan pertama beliau (Lajim) setelah di lantik menjawat jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ialah Pengarah (PPR) Jabatan Perumahan Negara Wan Hussin Wan Hassan dan Pengarah Bahagian Penilaian dan Penyelarasan Jabatan Landskap Negara Nurshukhah Daud
Menurut Lajim,yang juga Ahli Parlimen Beaufort JPN kini melaksanakan beberapa projek perumahan kos rendah untuk kemudahan rakyat khususnya di kawasan bandar Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

Beliau menjelaskan JPN memberi keutamaan kepada projek perumahan di kawasan bandar kerana menyedari terdapat permintaan yang tinggi terutamanya daripada golongan yang berpendapatan rendah dan mempunyai keluarga ramai.

“Projek perumahan di negeri ini semakin penting memandangkan populasi penduduk di Sabah yang kian meningkat” katanya
Menurutnya, JPN sentiasa berusaha memberi keutamaan kepada Sabah untuk mengembangkan lagi projek perumahannya bagi memastikan rakyat mampu untuk memiliki rumah yang serba lengkap.
“ Kini dengan sewa hanya 124-ringgit sebulan, golongan berpendapatan rendah diyakini dapat mendiami rumah yang selesa di bawah projek Jabatan Perumahan Negara (JPN) dimana rumah flat yang berkonsepkan mesra rakyat ini mempunyai keluasan 700 kai persegi dan tiga bilik” tambah Lajim Oleh: JAAFAR ABDUL WAHID

No comments:

Post a Comment