Monday, June 29, 2009

AHLI UMNO HARUS BETERUS TERANG KATA LAJIM



Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin
Ahli Umno harus amal budaya beterus terang
untuk kebaikan parti

ALOR STAR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin (gambar ) mengingatkan kepada semua ahli UMNO peringkat bahagian supaya mendahulukan parti daripada kepentingan diri sendiri.

Katanya,perebutan jawatan sesama sendiri kalau boleh hendaklah dielakkan kerana ia bakal mewujudkan suasana perpecahan dikalangan pemimpin di peringkat Cawangan mahupun Bahagian.

"Masa untuk kita berebut jawatan harus kita tinggalkan. sebaliknya masa untuk kita membangunkan semula parti perlu diutamakan”

"Ahli UMNO sudah tentu akan terbahagi kepada puak-puak iaitu yang menang dan yang kalah yang akhirnya timbul sikap tidak berpuas hati yang mana ini amat merugikan parti kerana masa kita hanya dihabiskan untuk menyatukan semula perpecahan pihak yang menang dan yang kalah," katanya ketika berucap dimajlis perjumpaan dengan lapan Bahagian-bahagian UMNO di sebelah Utara Kedah disebuah hotel terkemuka di Alor Star baru baru ini

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu juga mahukan ahli-ahli UMNO agar mengamalkan budaya terus terang ketika menyampaikan sebarang maklumat mengenai parti kepada setiap pemimpin dimana sikap ini akan menjadi mudah untuk parti memperbaiki kelemahan daripada memperkatakan perkara yang tidak betul mengenai UMNO.

"UMNO memerlukan ahli-ahli yang jujur dan ikhlas. bercakaplah benar walaupun apa yang kita katakan itu amat pahit untuk di telan. bagi saya adalah baik kita bercakap betul kerana hanya dengan cara itu sahaja kita dapat memperbaiki sebarang kelemahan yang ada pada parti kita," katanya.

Ini adalah pertemuan pertama beliau dengan ahli-ahli UMNO di seluruh negara setelah dipilih sebagai Ahli MT, baru-baru ini. beliau akan meneruskan pertemuan dengan 191 Bahagian di seluruh negara dalam usaha beliuau bertemu dengan akar umno serta memperjelaskan isu-isu semasa berkaitan parti. Oleh: Jaafar Abdul Wahid

No comments:

Post a Comment