Tuesday, June 9, 2009

TIMBALAN MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN LAKUKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA MENTERI SARAWAK





KUNJUNGAN HORMAT... Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang kini dalam rangka lawatan kerja resmi selama tiga ke Bumi Kenyalang Sarawak khusus bagi meninjau kemajuan projek projek pembangunan di bawah Kementerian Beliau yang sedang dan akan dilaksanakan di Sarawak turut melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di kediaman resmi beliau di Demak Jaya Kuching Sarawak. Lajim yang diiiringi oleh Pengarah PPR JPN Wan Hussin Wan Hasaan serta pegawai pegawai kanan kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semasa pertemuan tersebut turut menjelaskan program program yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kementerian beliau di Sarawak terutamanya dalam perlaksanaan projek projek perumahan. Pehin Sri Abdul Taib semasa pertemuan tersebut turut merakamkan ucapan penghargaan serta terima kasih beliau kepada kerajaan Pusat yang turut membantu dari segi peruntukan dan memberikan perhatian terhadap projek projek perumahan di Sarawak dimana menurut beliau kerajaan negeri akan sentiasa memberikan sokongan serta kerjasama sepenuhnya terhadap usaha tersebut. Selepas pertemuan tersebut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut menyertai majlis tahlil ke 40 hari Almarhumah Datuk Amar Puan Sri Hajah
Dr. Laila Taib dimana majlis tersebut juga turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah ,Menteri Perumahan Sarawak Menteri Perumahan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg serta sebahagian dari menteri menteri kabinet negeri Sarawak

No comments:

Post a Comment