Tuesday, June 23, 2009

ADAU JANANG GAYUH 2009 DIJANGKA LEBIH MERIAH







HAJI ASMAT JAPAR…Sambutan Adau Janang Gayuh 2009 tahun ini dijangka lebih meriah dengan pengisian pelbagai aktiviti-aktiviti baru.

BEAUFORT: Bertemakan “ Maju Bersama 1 Malaysia” sambutan Adau Janang Gayuh 2009 anjuran Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) kali ke 6 tahun ini dijangka lebih meriah dengan pelbagai pengisian program yang siap diatur bagi memeriahkan lagi perayaan bagi etnik masyarakat Bisaya di negeri ini.



Pengerusi jawatankuasa Sambutan Adau Janang Gayuh Haji Asmat Japar berkata, sambutan tahun ini berlangsung selama lima hari dimana selain mengekalkan program yang sediaada pada sambutan sebelum ini, beberapa aktiviti baru akan diadakan sambutan tahun ini dengan memilih Kampung Kerukan sebagai venu utama lokasi sambutan kali ini



“ Adau Janang Gayuh merupakan hari kebesaran bagi masyarakat Bisaya di negeri ini, selain mempemirkan khazanah warisan budaya masyarakat ini, kita berharap sambutan Adau Janang Gayuh ini akan menjadi wadah pemangkin kepada Gagasan 1 Malaysia bagi melahirkan masyarakat yang bersatu padu” katanya ketika ditemui di sini pagi kemarin.



Menurut Asmat yang juga Naib Yang Dipertua (PBBS) sambutan akan bermula pada 11 Julai ini dengan penganjuran Pertandingan Golf yang akan berlangsung di Bongawan Golf Resot dan ianya akan diteruskan pada hari berikutnya 12 Julai dalam acara Pertandingan Adau Gayad (Bahasa) Bisaya dalam beberapa ketegori iaitu pertandingan bercerita kanak-kanak,deklamasi Puisi .membaca berita,pidato dan kuiz.



“selain itu ,kita juga akan mengadakan majlis tahlil di masjid kampong Kerukan dan lawatan amal ke hospital daerah Kuala Penyu” tambah Asmat



Asmat menambah pertandingan Lumba Kerbau salah satu aktiviti yang baru dimasukkan dijangka akan menjadi tarikah pada sambutan tahun ini disamping beberapa aktiviti sukan rakyat yang berdasarkan kepada budaya dan kehidupan masyarakat Bisaya juga akan diadakan .



Persembahan kebudayaan dan Kesenian Masyarakat bisaya yang digabungkan dengan program Pantrama,pertunjukan Bunga Api dan pertandingan bercucul di sekitar Kampung Kerukan yang menjadi lokasi sambutan tahun ini akan diadakan pada 17 Julai.



“ Saya berharap orang ramai khususnya masyarakat Bisaya serta kaum kaum lain di seluruh negeri ini akan datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi sambutan kali ini disamping dapat mengenali budaya dan tradisi masyarakat bisaya yang akan dipemirkan sepanjang sambutan kali ini” Jelas Asmat yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Beaufort.



Menurut Asmat lagi kemuncak Perasmian Adau Janang Gayuh 2009 akan diadakan pada 18 Julai di Padang Kampung kerukan dimana ianya akan disempurnakan oleh Presiden (PBBS) yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan seterusnya pada sebelah malamnya akan diadakan majlis Jamuan Makan Malam Adau Janang Gayuh dan majlis penyampaian anugreh kepada beberapa orang tokoh warga Bisaya dalam pelbagai ketegori antara pendidikan,keusahwanan, dan kebudayaan : Oleh: Jaafar Abdul Wahid

No comments:

Post a Comment