Thursday, June 4, 2009

LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN KE SABAH





TURUN PADANG...Lajim diringi oleh Ghulam,Wan Hussin Mohd. Rafiq,pegawai pegawai kanan kementerian serta pemaju ketika menijau projek PPR Kampung Sigindai yang kini telahpun siap sepenuhnya.

TURUN PADANG....Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang kini dalam rangka lawatan kerja resmi ke Sabah turun padang bagi memantau projek projek yang dikendalikan oleh kementerian beliau terutamanya Projek Perumahan Rakyat (PPR).Lawatan kerja resmi ini merupakan lawatan pertama beliau sebaik sahaja dilantik menjadi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Antara Projek PPR yang sempat beliau lawati ialah Projek PPR di Pekan Kinarut yang kini diperingkat pembinaan dimana projek ini melibatkan pembinaan sebanyak 752 Unit yang dijangka siap dalam tempoh 10 bulan lagi. Sebuah lagi Projek PPR yang telahpun siap sepenuhnya pada bulan Januari tahun ini yang beliau lawati ialah projek PPR di kampung Sigindai di Kinarut dimana projek ini menyediakan 500 unit rumah .Turut menyertai lawatan ini ialah Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga ADUN Kawang Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan,Pengarah (PPR) Jabatan Perumahan Negara Wan Husssin Wan Hassan dan Pegawai Kerja Majlis Daerah Papar Mohd.Rafiq Haji Jubar. Selain lawatan ini Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut mengadakan perjumpaan dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Hajiji Mohd.Noor,pegawai pegawai kanan kementerian juga pegawai pegawai dari PBT di seluruh daerah di Sabah.juga turut melakukan lawatan ke Ibu Pejabat Bomba Sabah di Kelombong dan Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu.TEKS DAN FOTO OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID

No comments:

Post a Comment