Sunday, June 14, 2009

"1MALAYSIA "BERBEZA DENGAN "MALAYSIAN MALAYSIA " KATA LAJIM






POTONG KEK…Lajim bersama Ahmad serta jawatankuasa Penganjur Persatuan Wanita Cina Beaufort memotong kek sempana sambutan tersebut

BEAUFORT: Masyarakat Tiong Hwa di Negara ini tidak perlu gusat terhadap Gagasan 1Malaysia yang diketengahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang amat berbeza dengan konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Haji Ukin berkata, Gagasan 1 Malaysia cuba merapatkan situasi 'pemisahan dan ketaksamaan' yang wujud dalam hubungan etnik di Malaysia kepada satu keadaan satu Malaysia yang lebih terintegrasi dan sama.
Menurut beliau walaupun gagasan itu untuk merapatkan hubungan etnik, namun ia tetap menghormati konsep kepelbagaian kaum.
''Gagasan 1Malaysia adalah nuansa baru yang bakal menyuntik pengisian baru kepada agenda pembentukan bangsa Malaysia dImana rakyatnya diajak untuk terus bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama bagi menjamin kemajuan dan keharmonian dapat terus dijana
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertandingan Nyanyian Solo dan Majlis Ulang tahun ke 13 perayaan Hari Ibu Bapa anjuran Persatuan Wanita Cina Beaufort di dewan masyarakat Pa Musa dekat sini malam kemarin.
Hadir sama Wakil Rakyat Kawasan Sinduman Haji Ahmad Bujang .Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Aliasnih dan Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim
Lajim menambah Gagasan 1Malaysia adalah satu percubaan untuk menyedarkan rakyat betapa keterlaluan berpolitik dan percubaan membuat pelbagai tuntutan melampau atas asas etnik dan agama boleh merosakkan projek dan agenda pembentukan bangsa yang telah berjalan sejak sekian lama.
Menurutnya melalui gagasan ini, kerajaan mahu rakyat mempunyai fikiran walaupun keturunan mereka berbeza, namun akar umbi tanah kelahiran mampu menyatukan mereka menerusi kerangka 1Malaysia.
“ Bagi masyarakat Tiong Hwa tidak perlu bimbang dan gusar dengan gagasan ini dimana gagasan ini tidak akan mengenpikan hak-hak kaum yang lain di Negara ini, sebalinya kerajaan Barisan Nasional akan terus melaksanakan tugas serta tanggungjawabnya tanpa meminggirkan mana-mana kaum untuk turut sama menikmati kemajuan serta pembangunan Negara”

No comments:

Post a Comment