Wednesday, June 10, 2009

KERAJAAN BN ADIL KEPADA SEMUA KAUM








DIHARGAI…Lajim menerima cendera kenangan dari Presiden PBS Sarawak Antonio Galis selepas merasmikan majlis tersebut

LIMBANG: Kerajaan tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum di negara ini sekalipun mereka merupakan kaum menoriti ,kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin,

Katanya, semua kaum di negara ini diberikan ruang dan perhatian sama rata agar tidak ada satu kaum pun yang tersisih dari arus kemajuan dan pembangunan perdana negara.

“ Gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak ,perlu dilihat dari perpesktif yang lebih luas yang bukan sahaja menekankan nilai perpaduan kaum namun kesaksamaan dalam agihan kekayaan dan pembangunan Negara turut diberikan perhatian ” katanya ketika berucap menutup Sambutan Pesta Babulang anjuran Persatuan Bisaya Sarawak di Padang Kampung Batu Danau Limbang dekat sini baru-baru ini .

Hadir sama Ahli Parlimen Limbang Haji Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Presiden PBS Antonio Galis dan Residen Bahagian Limbang Maria Hasman.

Menurut Lajim yang juga Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) rakyat tidak seharusnya terpangaruh dengan tangapan negetif beberapa pihak yang melihat Gagasan 1 Malaysia akan menghakis hak dan keistimewaan kaum bumiputera yang lain sebaliknya ia perlu dilihat dalam kontek memperkasakan perpaduan kaum agar negara terus aman makmur dan membangun.

“Penduduk di Sarawak dan Sabah yang terdiri dari pelbagai kaum adat resam dan agama merupakan contoh terbaik (role Model ) untuk menjayakan gagasan 1 Malaysia dimana perbezaan kaum dan agama tidak meghalang rakyat di kedua dua negeri ini untuk terus bersatu padu” katanya.

Mengulas program tersebut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, Pesta Babulang yang dirayahkan setiap tahun oleh masyarakat Bisaya di Sarawak boleh dijadikan sebagai landasan untuk memperkukuhkan perpaduan kaum disamping memperkasakan sektor pelancungan .

Katanya melalui program yang diatur bukan sahaja dapat mampu merapatkan hubungan kaum namun dalam masa yang sama budaya serta tradisi tempatan dapat ditonjolkan sebagai prodak pelancungan untuk dipertontonkan kepada pelancung dalam negeri dan dari luar negeri yang datang menyaksikan pesta tersebut.

“Pelancung asing pesti akan kagum melihat keharmonian serta perpaduan kaum disamping keunikan budaya kita yang akan menjadi daya tarikan untuk mereka lebih kerap melawat Negara kita” tambah Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort: Oleh: Jaafar Abdul Wahid

No comments:

Post a Comment