Wednesday, June 3, 2009

PENDUDUK BATU 65 TERIMA BANTUAN BOAT DAN ENJIN
























UNTUK KEMUDAHAN RAKYAT Lajim sambil diperhatian pemimpin parti bahagian Beaufort ketika menyerahkan boat fiber dan enjin sangkut kepada KK Lagimin Gindobao di majlis tersebut
BEAUFORT: Kira kira lima ratus penduduk kampung Batu 65 dalam daerah Beaufort dibekalkan sebuah boat dan enjin sangkut untuk kegunaan mereka semasa berlaku kes –kes kecemasan.
Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, penduduk kampung berkenaan memerlukan kemudahan seumpama itu berikutan landasan kereta api yang menghubungkan Pekan Beaufort dengan Pekan Tenom masih dalam proses membaikan.
Katanya mereka hanya menggunakan perkhidmatan kereta api dan boat melalui sungai Padas untuk ke Pekan Beaufort.
Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan setakat ini kampung tersebut belum boleh dilalaui kenderaan.
“Dengan adanya bantuan Boat dan enjin sangkut dari kerajaan Barisan Nasional ini,kita berharap ianya dapat membantu menyelasaikan masalah penduduk di kampong ini sebagai perhubungan mereka terutamanya untuk kes kes kecemasan ,sakit dan ibu yang bakal melahirkan anak” katanya semasa ditemui selepas menyerahkan boat fibre dan enjin sangkut berkuasa 15 kuda kepada Ketua Kampung Batu 65, KK Lagimin Gindobao. dekat sini pagi kemarin
Hadir sama Penolong Pegawai daerah Beaufort Robert Stiri,Naib Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Kimjus Duim ,Ketua Perhubungan Ahli Parlimen Beaufort Nafsin Aliamat dan Setiausaha Umno Bahagian Jusih Haji Sarin.
Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno menambah melalui sumbangan tersebut membuktikan kerajaan mengutamakan kepentingan rakyat selaras dengan gagasan “ Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”
Menurut Lajim lagi , pihaknya akan menyediakan lebih banyak bentuk bantuan seumpama itu pada masa hadapan khususnya bagi rakyat yang masih memerlukan bantuan tanpa mengira kaum lokasi dimana bantuan tersebut perlu disalurkan OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID

No comments:

Post a Comment