Wednesday, June 3, 2009

HAMPIR 500 JUTA PERUNTUKAN DARI KERAJAAN BAGI MELESTARIKAN PEMBANGUNAN PARLIMEN BEAUFORT







SUNGAI SI TOMPOK BAKAL BERUBAH WAJAH APABILA TERLAKSANANYA PROJEK PEMBINAAN JAMBATAN SUNGAI SI TOMPOK DENGAN KOS PEMBINAAN 60 JUTA YANG AKAN MENGGANTIKAN PERKHIDMATAN FERRY KETIKA INI

BEAUFORT: Kerajaan Persekutuan
dan Negeri telah menyalurkan lebih dari 500 juta ringgit bagi melestarikan program pembangunan di kawasan Parlimen Beaufort .

Ahli Parlimen nya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, dari jumlah peruntukan tersebut ianya digunakan bagi meningkatkan kemudahan insfrastruktur seperti menaiktaraf jalanraya, bekalan air,membina jambatan,hospital dan sekolah dimana ianya mendahului senarai peruntukan yang disediakan

Menurutnya dari jumlah keseluruhan peruntukan tersebut beberapa projek mega telahpun siap sepenuhnya sementara yang lain dalam perlaksanaan dan bakinya proses mengeluarkan sebutharga dan mereka bentuk sedang dilakukan

“ Setakat ini Projek Membina Jambatan Si Tompok di Kuala Penyu yang menelan kos perbelanjaan sebanyak 60 juta ringgit dari kerajaan Persekutuan merupakan projek mega di kawasan ini dan akan dilaksanakan sebelum tempoh (RMK-9) berakhir dan kini dalam proses mereka bentuk jambatan tersebut” katanya dalam satu temu bual khas di Beaufort baru baru ini

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, menyusul dalam perlaksanaan projek pembangunan di kawasan ini ialah pembinaan Jambatan Beaufort II yang menelan belanja sekitar 28 juta ringgit dimana proses memanggil sebutharga telahpun selasai dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Insfrastruktur

Masalah bekalan air bersih yang menggangu kehidupan penduduk di sekitar Kuala Penyu khususnya di daerah kecil Menumbok sejak sekian lama,dijangka akan berakhir apabila Projek menaiktaraf bekalan air ke melalui peruntukan Khas kerajaan Negeri berjumlah 29 juta bagi membina tangki khas di Kampung Kayul siap sepenuhnya penghujung tahun ini

Menurut Lajim daerah Kuala Penyu diberikan tumpuan dalam perlaksanaan projek pembangunan disebabkan daerah ini agak jauh ketinggalan dari segi pembangunan terutamanya dari segi kemudahan isnfastuktur perhubungan jalanraya yang lebih baik dan selesa.

Bagi tujuan ini Lajim berkata kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah telah memperuntukan sejumlah 32 juta ringgit bagi menaiktaraf jalanraya antara Kampung Kerukan Mansud Tanjung Aru dan Melikai sejauah 25 kilometer yang kini dalam proses perlaksanaan dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2010.

Turu menerima peruntukan dari kementerian yang sama ialah kerja kerja menaik taraf jalanraya antara kampong Kebunau, Batu 4 ke Temporong dengan kos pembinaan sebanyak 13 juta ringgit.

“ Hanya berbaki 52 kilometer lagi jalanraya yang akan kita naik taraf iaitu jalanraya Batandok Kebulu,jalanraya Kota Klias,Laba dan Layung di kawasan DUN Klias dan Jalanraya Kerukan Kekapor di DUN Kuala Penyu yang kini menunggu kelulusan peruntukan dari kerajaan untuk dilaksanakan” jelas Lajim.


Proses melestarikan projek pembangunan di kawasan Parlimen Beaufort tidak hanya tertumpu kepada penyediaan kemudahan asas seperti jalanraya dan bekalan air namun pembangunan dari segi Model Insan juga turut diberikan perhatian dimana sebuah sekolah Menangah Teknik telahpun siap dan digunakan sepenuhnya di daerah Beaufort.

Menurut Lajim lagi kerajaan Negeri juga telah meluluskan peruntukan berjumlah 12 juta ringgit bagi membina Kompleks Sukan di daerah Beaufort dimana apabila terlaksananya projek ini ianya akan memberikan kemudahan asas khususnya kepada golongan muda untuk melakukan aktiviti-aktiviti sukan dan riadah

Projek projek lain yang turut mewarnai pembangunan di kawasan Parlimen Beaufort ialah projek menyediakan kemudahan rumah dibawah Program Projek Perumahan Rakyat (PPR) dimana setakat ini sejumlah 2.3 juta digunakan bagi membina rumah (PPR) yang telah memberikan manafaat kepada 66 ketua Isi Rumah untuk menduduki rumah yang lebih selesa.

Projek projek lain yang telahpun siap dan digunakan sepenuhnya ialah Hospital dan juga Balai Bomba di daerah Kuala Penyu dan juga bangunan Mahkamah Rendah di daerah Beaufort .
Mengulas jumlah peruntukan yang diperolehi bagi menjana program pembangunan di kawasan Parlimen Beaufort yang diterima setakat ini Lajim yang juga Ahli Majlis Tertnggi Umno berkata, Kerajaan BN Komited menyediakan projek pembangunan untuk rakyat dimana penekanan terhadap kepentingan rakyat sebagai aspek yang perlu diutamakan dalam mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sebagaimana yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Najib Tun Abd.Razaksebaik sahaja mengambil alih kepimpinan negara.
Menurut beliau kepentingan rakyat adalah aspek yang perlu diutamakan justeru KPI merupakan medium peringatan yang paling relevan, penanda aras utamanya ialah rakyat. Secara keseluruhannya tindakan perlu memuaskan kehendak rakyat.
“ Menjadi harapan saya sebagai Ahli Parlimen juga n kerajaan agar kesemua projek pembangunan yang disediakan ini akan menjadi pemangkin kepada pembinaan model insan yang berkualiti dan cemerlang dan rakyat di kawasan ini akan memanafaatkanya sebagai anjakan untuk terus maju dan membangun khususnya dalam mempertingkatkan taraf siso ekonomi masyarakat setempat” jelas Lajim.
Sehubungan dengan itu katanya lebih banyak lagi program program pembangunan akan disediakan di kawasan ini khususnya program program ekonomi bagi membebaskan rakyat dari belanggu kemiskinan dengan menyediakan beberapa kemudahan ,bantuan dimana program ekonomi dan juga penyediaan peluang peluang pekerjaan melalui penerokaan dalam pelbagai sektor pertanian,perikanan, dan juga pelancungan akan dibangunkan . OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID

No comments:

Post a Comment