Sunday, June 21, 2009

UMNO BEAUFORT CADANG USUL LUCUT JAWATAN BAGI PEMIMPIN yang gagal hadiri mesyuarat sebanyak 3 kali tanpa alasan munasabah





Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin (tengah)ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut

BEAUFORT: Umno Bahagian Beaufort akan membahaskan beberapa usul berhubung pindaan perlembagaan parti dalam persidangan Umno bahagian itu pada , 8-Ogos ini.

Ketuanya , Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, antaranya termasuk usul agar ahli yang dipilih memegang sesuatu jawatan tetapi gagal menghadiri mesyuarat sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang kukuh, dilucutkan daripada jawatan yang disandang, serta merta.



“ Usul ini merangkumi semua kepimpinan dalam parti dimana ianya amat sesuai dengan amanah yang diberikan oleh ahli parti yang memilih mereka sebagai pemimpin bagi melaksanakan tugas yang telah diamanahkan” katanya ketika ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Umno bahagian Beaufort di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu pagi kemarin.



Menurut Datuk Lajim, perkara itu perlu dimasukkan dalam perlembagaan parti bagi memastikan pemimpin yang dipilih tidak meninggalkan tanggungjawab yang diamanahkan sewenang-wenangnya.



“Apabila usul ini di dibahaskan dan diterima di persidangan bahagian ianya akan dibawa ke Mesyuarat Khas Umno yang dijangka berlangsung di Ibu Negara mulai 16-Oktober nanti “ tambah Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.



Dalam perkembangan lain, Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, Umno Beaufort juga bersetuju menubuhkan Biro Pembangunan Wanita yang diletakkan dibawah Parlimen Beaufort.



Katanya, penubuhan biro tersebut penting untuk membolehkan lebih banyak aktiviti dijalankan bagi mendekati kaum wanita di kawasan berkenaan sebagai persiapan awal menghadapi pilihanraya umum akan datang.



“ Sumbangan wanita dalam menjayakan agenda dan perjuangan parti memang tidak dinafikan, semangat yang mereka tunjukkan semasa pilihanraya begitu jelas ,maka adalah wajar Biro ini ditubuhkan bagi menghargai sumbangan mereka ” katanya.



Menurutnya lagi Biro itu akan digerakkan melalui pelbagai pendekatan dan keadah khususnya untuk membantu kaum wanita dalam pembangunan siso eknonomi agar mereka tidak tercicir dari arus kemajuan perdana Negara.



Hadir sama di majlis itu Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Ali Asnih,Naib Ketua Umno bahagian Datuk Kimjus Duim dam Setiausaha Umno bahagian Jusih Haji Sarin

No comments:

Post a Comment