Monday, June 22, 2009
GOLONGAN MAHASISWA PELAPIS KEPIMPINAN NEGARA
TAHNIAH…Lajim diiringi oleh Pegawai JBS Beaufort Samson Saad ketika menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil pelajar (UiTM) Sabah yang menyertai program tersebut
KUALA PENYU : Golongan mahasiswa IPT merupakan modal insan dan pelapis kepimpinan negara tidak kira sama ada mereka akan menjadi pemimpin di dalam politik, pentadbiran negara, pengurusan syarikat dan komuniti .
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, berdasarkan hakikat hakikat ini, golongan mahasiswa di IPT bukan sahaja perlu dilengkapkan dengan ilmu pengetuhan namun dalam masa yang sama perlu diasah bakat kepimpinan mereka melalui program program diluar kampus terutamanya program program kemasyarakatan
“ Belajar di IPT seakan tidak lengkap jika pelajar tidak melibatkan diri dengan kegiatan berorganisasi dan program kemasyarakatan malah sebahagian kemahiran insaniah yang tidak diperoleh di dalam dewan kuliah akan diperoleh melalui persatuan dan juga aktiviti luaran terutamanya yang membabitkan aktiviti kemasyarakatan” katanya ketika berucap merasmikan program Rakan Muda Wawasan Desa (IPT) peringkat bahagian Beaufort dib alai Raya kampong Tenambak dekat sini baru baru ini.
Hadir sama Pegawai Belia dan Sukan bahagian Beaufort Samson Saad, Pengerusi JKKK Kampung Tenambak seramai 40 para orang pelajar dari UiTM cawangan Sabah yang berkampung selama 3 hari bersama keluarga angkat mereka di kampong tersebut
Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort melalui program tersebut para peserta didedahkan dengan kehidupan bermasyarakat terutamanya masyarakat di kawasan luar Bandar dimana ia turut melatih para peserta berkomunikasi dengan masyarakat luar disamping dapat mengenali budaya serta adat resam masing-masing
“Menerusi program ini mahasiswa didedahkan dengan konsep turun padang dan aktiviti berpersatuan yang merupakan sebahagian pendidikan untuk membina modal insan mahasiswa khususnya kemahiran berkomunikasi dan berorganisasi ” katanya
Malah Lajim menambah melalui program tersebut juga mahasiswa boleh berfikir dan merancang aktiviti yang lebih mencabar sesuai dengan harapan masyarakat terhadap mereka sebagai modal insan utama pembangunan negara.
“ Melalui program seperti ini juga kita berharap idea-idea baru para mahasiswa dapat dicetuskan sebagai pemangkin kepada kemajuan merangkumi pembangunan modal insan ,ekonomi dan budaya yang boleh memberikan semangat baru bagi rakyat khususnya diluar bandar untuk mengajar kepesatan kemajuan Negara “ Tambah Lajim yang Ahli Majlis Tertinggi Umno.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment