Sunday, June 14, 2009
WARIS AKAN BERGERAK SEIRING DENGAN GAGASAN 1 MALAYSIA
BINCANG…Lajim bersama Timbalannya Kimjus sambil diperhatian oleh Naib Presiden Amsir dan Setiausaha Agung Haji Bagul membincangkan sesuatu semasa mesyuarat tersebut
BEAUFORT: Persatuan Warisan Budaya Bumiputera Sabah (WARIS) akan memastikan setiap aktiviti yang dilaksanakan selaras dengan usaha memperkasakan gagasan 1 Malaysia bagi memupuk semangat perpaduan kaum di negara ini.
Presidennya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abd.Razak adalah selari dengan matalamat asal (WARIS) ditubuhkan sejak 7 tahun lepas dimana ianya dianggotai oleh pelbagai suku kaum bumiputera di negeri ini.
“ Matalamat penubuhan persatuan ini adalah selari dengan gagasan 1 Malaysia, justeru dari segi gerakan dan juga kegiatan persatuan ini ,kita akan pestikan ianya mampu memperkasakan lagi perpaduan kaum di Negara ini” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung kali ke 4 persatuan itu di Bilik Mesyuarat Pejabat daerah Beaufort pada ahad lepas.
Pada mesyuarat itu Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dipilih sebulat suara untuk terus menerajui jawatan Presiden persatuan itu sementara Datuk Kimjus Duim dipilih menjawat jawatan Timbalan Presiden .
Untuk jawatan Naib Presiden Amsir Dani dan Edin Haji Ansim dipilih untuk menduduki jawatan tersebut. Bagi Jawatan Setiausaha Agung Haji Bagul Haji Bujang kekal dilantik menjawatan jawatan tersebut sementara seorang muka baru Saiman Senang di lantik untuk menjawat jawatan Bendahari Agung (WARIS) untuk sesi 2009-2012.
Dalam perkembangan yang sama Lajim berkata (WARIS) juga akan turut memberikan perhatian secara serius terhadap usaha memperkasakan budaya tradisi masyarakat bumiputera di negeri ini agar kekal untuk terus diwarisi oleh generasi muda.
“ Kita perlu komited untuk memperkasakan warisan budaya ini, agar terus kekal menjadi warisan yang tidak akan tenggalam dalam arus kemajuan semasa, kerana tanpa usaha untuk memelihara dan membudayakannya di kalangan genarsi muda ianya akan pupus di telan zaman” katanya.
Menurutnya usaha-usaha untuk memelihara dan membudayakan warisan budaya ini juga turut membantu usaha-usaha kerajaan memperkukuhkan perpaduan melalui intergrasi kaum sebagai satu eleman utama untuk menjana kemajuan.
“ Mungkin ketika ini orang ramai khususnya golongan bumiputera belum mengenali secara lebih dekat kewujudan (WARIS) namun kita yakin melalui perancangan program serta gerak kerja yang lebih aktif lebih ramai golongan bumiputera khususnya golongan muda menyertai persatuan ini” tambah Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort Oleh: Jaafar Abd.Wahid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment