Saturday, June 13, 2009

AHLI PARTI PERLU LAKUKAN PERUBAHAN LAJIM




Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika berucap di majlis tersebut.Ahli Umno Perlu Lakukan Perubahan

BEAUFORT: Pemimpin dan ahli parti tidak boleh berterusan duduk dalam zon selesa, sebaliknya perlu mengubah paradigma dan mengubah cara serta pendekatan berpolitik supaya ia sentiasa berorientasikan rakyat, kata Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin

Ahli Majlis tertinggi itu mahukan semua pemimpin kerajaan BN bangkit dan bingkas kembali menyusun strategi melakukan perubahan baik kepada diri mahukan kepada parti demi kesejahteraan bangsa dan Negara

Katanya, kerajaan BN yang ditunjangi oleh Umno ,perlu memastikan program-program kerajaan adalah berteraskan keperluan rakyat supaya ia sentiasa dekat di hati dan sanubari rakyat.

"Jika kita gagal dan lalai menangani cabaran ini dengan cemerlang, kita akan menerima hukumannya di dalam pilihan raya umum ke-13 kelak," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Umno cawangan Kerambai Kebatu dekat sini petang kemarin.

Hadir sama Timbalannya Isnin Haji Alisanih,Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim dan Setiausaha Umno bahagian Jusih Haji Sarin.

Sehubungan dengan itu Ketua Umno bahagian Beaufort itu berharap perubahan yang hendak dicapai juga hendaklah ikhlas dan sama sekali tidak boleh bersifat retorik semata-mata kerana rakyat hari ini memiliki minda yang kritis dan lebih terbuka.

“UMNO tiada pilihan, kalau ingin menjadi parti relevan, parti yang teras pada pemerintahan, UMNO mesti merupakan parti berani buat perubahan, menerajui pembaharuan, berada di saf hadapan untuk menunjukkan hala tuju baru bagi negara kita secara keseluruhan” katanya.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ,perubahan bukan sahaja di kalangan kepimpinan tertinggi parti namun perubahan dari segi sikap,pemikiran dan tindakan juga perlu dilakukan oleh ahli-ahli Umno di peringkat akar umbi

“ Kita perlu menjadi ahli parti boleh menyumbang kepada kekuatan parti melalui konsep bermaufakatan,disamping menjadi ahli parti yang proaktif terhadap dasar dan program pembangunan yang disediakan oleh kerajaan agar kita tidak terpinggir dari arus kemajuan perdana Negara” katanya. OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID

No comments:

Post a Comment