Wednesday, June 3, 2009

BALAI BOMBA AKAN DIBINA DI KAWASAN PARLIMEN KIMANIS DALAM RMK-10 LAJIM



































SERAH…Lajim ketika menyerahkan sumbangan kepada Ketua Wanita MCA di majlis tersebut

BEAUFORT: Kerajaan sedia mengkaji cadangan untuk membina sebuah lagi Balai Bomba di kawasan Parlimen Kimanis ,kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin.

Katanya, Kementerian beliau telah menerima permohonan dari Ahli Parlimen Kimanis Datuk Anifah Aman yang meminta agar sebuah Balai Bomba dapat dibina di kawasan itu memandangkan ianya merupakan keperluan utama bagi penduduk di kawasan berkenaan terutamanya dalam menangani kes-kes kebakaran.

“ Kementerian saya, akan mengkaji permohonan ini dan akan menyenaraikannya untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK-10) ” katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan sumbangan untuk majlis makan Malam anjuran Wanita MCA bahagian Beaufort dekat sini pagi kemarin.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort memang terdapat keperluan untuk mendirikan sebuah balai Bomba di kawasan Parlimen Kimanis yang merangumi dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Membakut dan Bongawan dengan kepadatan penduduknya juga kepesatan pembangunan di kawasan itu yang memerlukan sebuah Balai Bomba perlu diletakkan di kawasan itu.

“ Sebelum ini jika berlaku kes kes kecemasan, seperti kebakaran,banjir, kemalangan jalanraya dan sebagainya penduduk di kawasan ini terpaksa meminta perkhidmatan bomba dari daerah Beaufort atau Papar yang jaraknya agak jauh dari kawasan ini” katanya.

Lajim menambah dengan adanya sebuah Balai Bomba di kawasan berkenaan usaha-usaha membantu kes-kes kebakaran serta kecemasan lebih mudah cepat disalurkan

Lajim juga berkata, kementerian beliau juga akan menjadikan misi setiap daerah di negeri ini dilengkapi dengan kemudahan perkhidmatan Bomba ini termasuklah menaiktaraf beberapa Balai bomba yang sediaada ini termasuklah menyediakan kemudahan serta kelengkapan yang lengkap agar anggota bomba lebih selesa dan komited untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka kepada masyarakat :OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID

No comments:

Post a Comment