Tuesday, June 9, 2009

Peluang penyewa PPR beli terus kediaman diduduki








KUCHING: Khabar gembira buat semua penyewa rumah pangsa, di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR), Jabatan Perumahan Negara (JPN), di seluruh negeri , berkemungkinan besar berpeluang membeli terus kediaman mereka, selepas lima tahun tinggal di rumah berkenaan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin, berkata bagaimanapun ianya bergatung kepada syarat pembeli, mempunyai trek rekod penyewa yang baik, sepanjang tempoh lima tahun, tinggal di rumah terbabit dan yang paling penting JPN menerima permintaan dari kerajaan negeri, bermula Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Beliau berkata, peluang penyewa untuk terus membeli rumah itu tidak akan dipertimbangkan sekiranya rekod penyewa membuktikan mereka gagal menjelaskan sewa bulanan tepat pada tarikh yang ditetap.

"Peluang penyewa untuk membeli terus kediaman mereka, mungkin diberi selepas lima tahun tinggal di rumah terbabit dan menerima cadangan kerajaan negeri.

"Harga untuk setiap unit RM42,000 berbanding kos sebenar RM80,000, sebab itu, pembeli harus mempunyai rekod penyewa yang baik sepanjang tempoh berkenaan," katanya kepada pemberita selepas diberi taklimat mengenai perkembangan terkini projek pembinaan rumah pangsa PPR Kampung Batu Gong, Siburan, oleh Pengarah Urusan Debessa Development Sdn Bhd Leonard Martin Uneng, di sini, kemaarin
Turut hadir Pengerusi Perbadanan Pembagunan Perumahan (HDC) Sarawak, Abdul Wahab Aziz Pengerusi Debessa Development Sdn Bhd, Datuk Celestine Ujang Jilan dan Pengarah (PPR) JPN Wan Hussin Wan Hassan

Lajim berkata, setakat ini, Pahang negeri pertama yang membenarkan penyewa rumah pangsa PPR, membeli terus kediaman mereka, selepas lima tahun tinggal di rumah terbabit.
“ Inilah antara komitmen kerajaan BN bagi membantu rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah kediaman mereka sendiri ” katanya
Sambil melahirkan keyakinan setiap kerajaan negeri akan memberikan sokongan dan kerjasama bagi menjayakan cadangan ini Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, mereka yang telah lama menyewa di PPR serta mempunyai rekod terbaik dari segi pembayaran sewa bulanan seharusnya diberikan peluang untuk membeli terus PPR yang mereka sewa sebelum ini.

Mengulas lawatan tersebut, beliau berkata, PPR Kampung Batu Gong, Siburan, membabitkan pembinaan 500 unit rumah pangsa, sebuah surau, satu unit taman didikan kanak-kanak (tadika) dua unit kedai dan empat unit orang penghuni cacat yang menelan kos RM43.5 juta.

Katanya setakat ini, kira-kira 91.3 peratus daripada projek pembinaan rumah pangsa PPR itu sudah siap dan dijangka siap sepenuhnya penghujung September depan.
"PPR Kampung Batu Gong, antara lima projek yang dilaksanakan di negeri ini, dua projek yang sudah siap sepenuhnya dan sudah disewa di sini ialah PPR Taman Sri Wangi dan Taman Sri Dahlia di Jalan Matang manakala dua lagi yang sedang dalam pembinaan ialah PPR Seduan di Sibu dan Pelan di Bintulu. Oleh : Jaafar Abdul Wahid

2 comments:

  1. hampir setahun saya sudah sign surat perjanjian namun penyerahan kunci rumah belum lagi di buat

    ReplyDelete
  2. flat sewa taman dahlia matang.saya belum terima info lagi setelah saya buat bayaran..

    ReplyDelete