Tuesday, June 30, 2009

BIRO PENERANGAN LANCAR KAUNTER PENERANGAN


Haji Samin Haji Ungki Ketua Penerangan Umno bahagian Beaufort menjemput orang ramai ke majlis pelancaran Kaunter Penerangan ini yang akan dilancarkan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin

KOTA KINABALU: Biro Penerangan Umno bahagian Beaufort dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Beaufort akan melancarkan Kaunter Biro Penerangannya pada pagi sabtu ini bertempat di tapak Tamu Pekan Beaufort.

Ketua Penerangan Umno bahagian Beaufort Haji Samin Haji Ungki (gambar) berkata, majlis tersebut akan disempurnakan oleh Ketua Umno bahagian Beaufort yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin.

Menurut Samin usaha ini dilakukan bagi membolehkan ahli-ahli Umno khususnya rakyat di kawasan Parlimen Beaufort mendapat maklumat yang tepat dan terkini berhubung dengan isu-isu semasa disamping dasar dan program pembangunan yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan khususnya di kawasan Parlimen Beaufort.

" Program ini merupakan pendekatan parti bagi menjayakan agenda turun padang dimana pembukaan kaunter ini akan turut membantu untuk mendekatkan rakyat menerima maklumat mengenai isu-isu semasa dan juga program-program pembangunan yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan" katanya ketika ditemui di sini pagi kemarin.

Samin menambah pengwujudan Kaunter ini juga diharapkan akan menjadi wadah kepada ahli-ahli parti dan rakyat untuk mengemukakan secara langsung isu serta masalah yang dihadapi oleh rakyat kepada pemimpin khusuanya di kawasan ini.

" Kita berharap ahli-ahli parti khususnya rakyat di kawasan ini, akan memanafaatkan kaunter ini dengan datang beramai-ramai untuk mendapat maklumat yang tepat dan terkini khususnya dasar dan program pembangunan yang disediakan oleh kerajaan" tambah Samin Oleh: Jaafar-Abdul Wahid

1 comment:

  1. memberi kesedaran boleh sdr, tapi kita tidak dapat memaksanya kerana itu hak individu, kita mungkin boleh menegur namun penerimaannya terserahlah kepada individu,tk

    ReplyDelete