Wednesday, June 10, 2009

PENJUALAN TERUS PPR KEPADA PENYEWANYA MENDAPAT MAKLUM BALAS POSITIF


PPR TAMAN PURI WARISAN…Mejoriti penyewanya menyambut baik langkah PPR dijual terus kepada penyewanya.
KOTA KINABALU: Mejoriti para penyewa rumah dibawah Program Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini, menyambut baik cadangan kerajaan pusat untuk menjual terus rumah (PPR) kepada para penyewa yang melebihi lima tahun menyewa PPR dengan trek rekod pembayaran sewa yang baik sepanjang tempoh tersebut.

Seorang penyewa (PPR) di Taman Puri Warisan Salleh Ali berkata, cadangan tersebut merupakan pendekatan terbaik bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah bagi memperolehi rumah kediaman mereka sendiri.

“ Kita faham bagi golongan yang berpendapatan rendah amat sukar untuk membeli sebuah rumah khususnya di kawasan Bandar,justeru dengan adanya cadangan ini ianya merupakan sesuatu yang amat dihargai dan diharap-harapkan oleh golongan ini, khususnya bagi penyewa rumah di bawah program (PPR) “katanya.

Salleh yang telah menduduki lebih dari 3 tahun di (PPR) di Taman Puri Warisan Inanam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin di media pada rabu yang menyatakan kerajaan Pusat sedia mempertimbangkan bagi para penyewa PPR untuk membeli terus rumah kediaman mereka berdasarkan kepada trek rekod pembayaran sewa bulanan dan juga adanya permintaan dari kerajaan Negeri untuk melaksanakan cadangan tersebut.

“ Saya fikir kerajaan negeri juga perlu peka dan prihatin kepada keperluan rumah bagi golongan yang berpendapatan rendah di negeri ini justeru tidak ada sebab bagi kerajaan negeri tidak mempertimbangkan cadangan ini, jika kerajaan negeri komited membantu golongan ini memperolehi rumah kediaman mereka” tambah Salleh.

Seorang suri rumah Maimun Jaafar yang telah menyewa rumah hampir 5 tahun di bawah Program PPR di Taman Puri Warisan Inanam pula berkata tiba masanya bagi kerajaan Negeri memberikan sokongan serta kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan agenda kerajaan Pusat membantu golongan perpendapatan rendah memperolehi rumah kediaman khsusnya dalam menjayakan agenda setinggan sifar

“ Jika kerajaan negeri memberikan maklum balas yang positif terhadap usaha ini, ianya bukan sahaja berita gembira buat kami penyewa PPR selama ini, namun kami mampu membelinya kerana harga yang ditawarkan berpatutan dan akan berasa lebih bertanggungjawab untuk memelihara rumah kediaman kami “ katanya.

Menurut Maimun langkah ini juga adil bagi para penyewa yang mempunyai trek rekod pembayaran yang sentiasa kemas kini setiap bulan sepanjang tempoh mereka menyewa (PPR)

No comments:

Post a Comment