Tuesday, June 16, 2009

Tubuh Tabung Untuk Biayai Pesakit Buah Pinggang


Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin usahakan tubung tabung Biayai peskit buah pinggang

KUALA LUMPUR, Penderitaan yang ditanggung oleh dua pesakit buah pinggang mendapat simpati Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin yang akan menubuhkan tabung untuk mengumpul dana bagi membolehkan kedua-dua pesakit menjalani pembedahan di luar negara.

Dua pesakit berkenaan ialah Abdul Hakim Amin dari Kuala Lumpur dan Matusin dari Sabah.

Lajim yang juga Presiden Yayaysan Buah Pinggang Sabah (YBPS) berkata beliau membuat keputusan menubuhkan tabung itu selepas mengadakan rundingan dengan pelbagai pihak termasuk media cetak dan elektronik.

"Saya difahamkan kedua-dua pesakit ini sudah lama menderita.Hakim umpamanya, sudah dua tahun menanggung derita...oleh kerana tiada wang, terpaksalah beliau menahan sakit selama dua tahun itu," kata Lajim yang juga anggota Parlimen Beufort Sabah, dalam satu kenyataan di sini.

Lajim berkata sekurang-kurangnya RM240,000 diperlukan bagi menghantar kedua-dua pesakit berkenaan menjalani pembedahan ke luar negara.

Menurut beliau jika di Sabah (YBPS) sendiri turut membantu para pesakit buah pinggang di negeri itu, namun jumlahnya agak terhadap memandangkan kedudukan kewangan (YBPS) yang tidak mengizinkan bagi membantu para pesakit buah pinggang samada untuk tujuan membantu pesakit menjalani pembedahan ataupun rawatan lanjutan (hemodelisis)
“ Setakat termampu (YBPS) akan cuba membantu meringkan beban pesakit buah pinggang di negeri ini, bagaimanapun ianya tidak memadahi dengan bilangan pesakit buah pinggang yang saban tahun meningkat” katanya

Sehubungan dengan itu, beliau berharap orang ramai dapat tampil menghulurkan bantuan kepada dua pesakit itu apabila tabung itu dibuka nanti

No comments:

Post a Comment