Saturday, June 13, 2009
KERAJAAN NEGERI DIHARAP SOKONG USAHA PENJUALAN TERUS PPR KEPADA PENYEWANYA
Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika menjawap soalan wartawan pada sidang media di majlis tersebut
BEAUFORT: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berharap kerajaan negeri tidak berhalangan untuk meluluskan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dilaksanakan Jabatan Perumahan Negara (JPN) di negeri ini untuk dijual terus kepada para penyewanya yang memenuhi keteria yang telah ditetapkan.
Katanya, kerajaan pusat melalui (JPN) telah membuktikan komitmennya bagi menyediakan kemudahan perumahan untuk kepentingan rakyat di negeri ini khususnya mereka yang berpendapatan rendah untuk memperolehi rumah kediaman mereka.
“ Kerajaan Pusat menyediakan peruntukan dan memajukan projek (PPR) di setiaap negeri dan apabila ianya siap sepenuhnya diserahkan kepada kerajaan negeri untuk menyelaraskanya ini termasuk dari segi pungutan bayaran sewa,penguruan dan agihan kepada pemohon yang layak ” katanya semasa ditemui media selepas menghadiri mesyuarat Umno cawangan Kampung Kebatu Kerambai dekat sini petang kemarin.
Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort setakat ini Pahang negeri pertama membenarkan penyewa rumah pangsa PPR membeli terus rumah kediaman mereka bagaimanapun ianya bergantung kepada trak rekod pembayaran sewa bulanan yang kemaskini oleh penyewanya dan telah tinggal dirumah berkenaan untuk tempoh lima tahun disamping adanya permintaan dari kerajaan negeri untuk melaksanakan program ini.
“ Projek rumah Flat PPR yang dilengkapi dengan kemudahan yang lebih selesa kepada penyewanya yang dilengkapi dengan 3 bilik dan 2 bilik air disewakan pada kadar sekiar RM124 ke RM 150 sebulan kepada penyewa dibena pada harga kos pembinaan RM80,000 seunit namun dijual kepada penyewanya pada harga RM42,000 “ katanya
Sambil mengakui keputusan kerajaan pusat untuk menjual terus PPR ini kepada penyewanya mendapat maklum balas yang positif dari rakyat khususnya mereka penyewa PPR sebelum ini, Lajim berkata, langkah ini mampu membantu mereka yang berpendapatan rendah khususnya yang tinggal di Bandar Bandar utama memperolehi rumah kediaman yang lebih selesa.
“ Agenda kerajaan Pusat membantu menangangi masalah setinggan di setiap negeri, justeru langkah ini adalah sebahagian dari alternatif menjayakan agenda Sifar Setinggan di Negara ini dan beharap usaha ini mendapat sokongan padu dari semua kerajaan Negeri ” tambah Lajim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment