Saturday, June 13, 2009

PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO PERLUKAN KAJIAN TERPERINCI LAJIM




BINCANG..Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin memperkatakan sesuatu kepada Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim sambil diperhatikan Timbalan Ketua Umno Bahagian Isnin Haji Aliasnih dan Ketua Pemuda Mohd.Ishak Ibrahim sebelum mesyuarat tersebut berlangsung

BEAUFORT: Cadangan pindaan perlembagaan Umno memerlukan kajian yang lebih teliti sebelum ianya dibantang dan diluluskan bagi membolehkan kira kira 100,000 orang ahli Umno dari seluruh bahagian di negara ini boleh mengundi bagi menentukan kepimpinan tertinggi parti.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata, kajian terperinci perlu dilakukan disebabkan pindaan perlembagaan ini melibatkan masa depan parti yang ada kebaikan dan keburukannya.

“ Jika pindaan ini diterima dan semua ahli Umno dibolehkan mengundi bagi menentukan pucuk pimpinan semasa pemilihan jawatan tertinggi parti, apakah kita telah bersedia menyediakan jawatankuasa pemilihan seperti suruhanjaya pilihanraya (SPR) untuk mengendalikanya dengan lebih telus dan efisin serta mampu menangani politik wang ” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian mesyuarat cawangan Umno Kebatu Kerambai dekat sini petang kemarin.

Menurut beliau pindaan perlembagaan ini juga akan melibatkan kos kewangan yang tinggi apabila keseluruhan cawangan dibenarkan mengundi dimana pihak jawatankuasa pemilihan terpaksa bergerak ke seluruh cawangan dan bahagian Umno di Negara ini

Sambil mengangkui sistem yang diamalkan sekarang lebih mudah serta menjimatkan kos kewangan dan masa , Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort berkata, jika ianya masih dikekalkan jawatankuasa Dispilin yang pernah diwujudkan sebelum ini di semua bahagian perlu diperkasakan semula bagi menangangi kes salah laku dalam pemilihan jawatankuasa tertinggi parti terutamanya yang melibatkan politik wang dan salahguna kuasa

“ Pindaan perlembagaan ini dicadangkan bertujuan untuk menangangi masalah politik wang dan salah guna kuasa juga sistem kouta pemilihan , namun kita boleh mencari makanisme lain untuk menanganginya dengan memperkasakan Biro Displin di setiap bahagian yang dianggotai oleh kepimpinan tertinggi parti di semua bahagian atau individu yang tidak berkentingan ” katanya.
Sehubungan dengan itu Lajim berkata,Lebih 20,400 cawangan UMNO di seluruh negara diberi peluang mengemukakan pandangan berhubung draf pindaan Perlembagaan UMNO yang akan dibentangkan pada Perhimpunan Agung Khas parti pada Oktober ini.
Katanya, langkah tersebut adalah bagi membolehkan semua ahli parti meneliti draf pindaan dan seterusnya memberikan maklum balas mereka.
Diminta mengulas kerajaan perpaduan sebagaimana yang dicanangkan oleh parti Pas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini berkata ,PAS perlu mempunyai keikhlasan dan ketelusan dalam usaha mereka untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan.
Sambil menyatakan persetujuannya terhadap hasrat tersebut Lajim bagaimanapun berharap ia dapat dilaksanakan dengan sempurna dan bukannya semata-mata gimik politik pihak pembangkang untuk mempengaruhi simpati rakyat.

“sebelum melaksanakan hasrat PAS ini UMNO perlu menilai dengan teliti bagi mengelak kemelut politik yang terus bergolak antara kerajaan dan parti pembangkang.” Katanya


 Beliau menambah,penubuhan kerajaan tersebut juga harus memastikan semua pihak mendapat manfaatnya dan mencapai matlamat untuk membentuk sebuah negara yang aman dan makmur dalam situasi politik yang stabil.


Dalam pada itu beliau mengingatkan semua ahli UMNO agar tidak memandang remeh dan leka apabila tertubuhnya kerajaan ini sebaliknya sentiasa terus berpegang kepada prinsip perjuangan UMNO.



No comments:

Post a Comment